[VIDEO] Aneka gelagat selebriti melaram stail 90-an, warnai konsert GenKRU


  • Relaks
  • Isnin, 05 Mei 2025

Penampilan bergaya para selebriti sewaktu menonton KRU konsert menjadi perbualan hangat peminat di media sosial.

KONSERT  kumpulan legenda KRU, GenKRU bukan sekadar persembahan muzik, malah turut menjadi medan gaya buat selebriti tanah air yang hadir memeriahkan acara.

Konsert selama tiga malam yang berlangsung pada 3, 4 dan 10 Mei 2025 di Axiata Arena itu menyaksikan ribuan peminat berhimpun bagi menonton legasi gemilang tiga beradik iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim yang telah mencorakkan landskap muzik tempatan sejak tiga dekad lepas.

KRU berjaya memukau penonton dengan persembahan lagu-lagu popular mereka termasuk Terhangat di Pasaran (bersama Adam) serta Perpisahan Terasing sebagai penghormatan khas buat Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

BACA LAGI:  [VIDEO] Bukan setakat cantik tapi jaga solat dan pandai masak, Eyka Farhana disifatkan sebagai 'bahan isteri'

BACA LAGI:  [VIDEO] Jangan campur urusan suami dengan bekas isteri, elak cetus drama baharu

Namun, selain persembahan bertenaga mereka, penampilan bergaya para selebriti turut menjadi sorotan dan perbualan hangat peminat di media sosial.

Fasha Sandha petik gaya Y2K

Pelakon jelita Fasha Sandha mencuri perhatian dengan penampilan bergaya era 90-an yang sedondon bersama suami tercinta, Aidil Aziz.

Gaya nostalgia yang dipilih bukan sahaja seiring dengan tema konsert, malah menonjolkan sisi muda dan ceria Fasha.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha turut memuat naik momen penuh keseronokan menari dan menyanyi bersama suami sepanjang konsert, yang jelas menunjukkan keserasian mereka sebagai pasangan yang sama cantik sama padan.

Nurul Zahid (kanan) memilih untuk memakai baju serba putih.

Gaya jalanan cara Nurul Zahid 

Penampilan minimalis namun memukau dipamerkan oleh Nurul Zahid yang memilih pemakaian baju serba putih iaitu baju-T daripada jenama Guess dipadankan dengan seluar jeans longgar serta sneakers hitam bertutup.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nurul meluahkan rasa kagumnya terhadap persembahan KRU yang disifatkan secara luar biasa dan penuh tenaga.

"Sumpah best . Rating 12/10. Tahniah @gen.kru. What an energetic performance. Rasa macam 30 tahun dulu!," tulisnya.

Anak-anak Lisa bergaya comel dalam sweatshirt vintage jenama Eminem berwarna hitam.

Lisa Surihani dan anak-anak sarung sweatshirt Eminem

Pelakon terkenal Lisa Surihani turut hadir memberikan sokongan penuh buat suaminya, Datuk Yusry sambil ditemani ketiga-tiga anak mereka. 

Seperti kebiasaannya, Lisa tampil dengan gaya sopan dan sederhana mengenakan sweatshirt Eminem.

Anak-anak mereka juga bergaya comel dalam sweatshirt vintaj jenama Eminem berwarna hitam.

Sentuhan kasual keluarga itu cukup serasi dengan suasana santai konsert dan menyiarkan sisi mesra mereka.

Linda Rafar tampil memukau dengan blazer belang ala zebra.

Linda Rafar bersut klasik

Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar tampil memukau dengan blazer belang ala zebra yang berani dan penuh watak.

Gaya berkelas itu menyerlahkan karisma Linda sebagai bintang yang masih relevan serta berani tampil dengan fesyen luar kebiasaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram