
BUKAN sekadar memiliki rupa paras yang menawan, pelakon Eyka Farhana kini turut disifatkan sebagai 'bahan isteri' kerana keperibadiannya yang sopan, menjaga solat serta cekap di dapur.
Nama Eyka menjadi perhatian ramai selepas selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan juga kelab Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Selangor pada Jumaat.
Dalam pada ramai mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan tersebut, warganet di laman Threads berkongsi sisi peribadi Eyka yang jarang diketahui umum terutama sekali berkaitan akhlaknya di luar dunia hiburan.
BACA LAGI: [VIDEO] Jangan campur urusan suami dengan bekas isteri, elak cetus drama baharu
Seorang pengguna, Nikmasturamohammad mendedahkan pengalamannya terserempak dengan Eyka di surau Lapangan Terbang Changi, Singapura.
“Selamat pengantin baru Eyka Farhana. Eyka ni dah la cantik, jaga solat pula tu.
“Saya terserempak dia kat surau airport Changi. Ingat budak, hihi. Lepas solat jamak qasar zuhur, dia ke belakang sikit, solat sunat saya rasa.
"Masya-ALLAH. Keluar surau, saya tegur dia, memang peramah. Kami satu penerbangan, cuma dia di kelas bisnes. Saya dan keluarga ekonomi sahaja. Hehe. Semoga ALLAH berkati perkahwinan Eyka dan Akhyar," tulisnya.
Peminat menganggap Eyka sebagai seorang yang lemah lembut.
Seorang lagi pengguna, Fxdnx berkongsi kesan mendalam selepas bertemu Eyka di surau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Dia lembutkan, soft spoken dan mesra. Saya jumpa dia di surau KLIA, tetapi selepas bersembang jadi terlupa ambil gambar.
“Arghhh.Memang macam mana dia cakap dalam drama, macam tu juga dia di luar.Lembut orangnya.
"Betullah orang cakap, jangan nilai seseorang dari luar sahaja. Kita tak tahu amalan dia. Harap dengan solatnya, satu hari nanti dia akan dapat hidayah untuk menutup aurat pula," katanya.
Manakala Suriatizain pula meluahkan rasa hormat terhadap Eyka yang menurutnya menjaga solat walaupun berada di luar negara.
"Respect . Kalau kat luar dia solat, dia memang jenis menjaga solat," tulisnya.
Pengguna lain, Delisharaa turut berharap agar selepas bergelar isteri, Eyka akan terus berubah ke arah yang lebih baik.
"Moga selepas Eyka bergelar isteri ni, dia menutup aurat dan pakai tudung. Pernah tengok dia berlakon pegang watak bertudung sepanjang masa," katanya.
Sebelum ini, Eyka juga pernah mencuri perhatian warganet apabila berkongsi video memasak ketam cili mentega untuk bersahur di Instagram, sekali gus menunjukkan sisi dirinya yang rajin memasak.
"Butter chilli crab untuk sahur. Sebab waktu berbuka tak sempat nak memasak, jadi waktu sahur je kita rajinkan diri untuk masak," tulisnya.
Di ruangan komen, ramai warganet kagum apabila pelakon Filem Polis Evo itu rajin bangun untuk memasak menu berat sebagai makanan bersahur.
"Cantik. pandai masak, pandai berlakon. Untung siapa yang dapat tau," kata Najaa Suhaimi .
"Rajin betul Eyka masak ketam untuk sahur," tulis Rasyid Ramlee. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram