
'JANGAN campur urusan suami dengan bekas isterinya,' itulah satu kenyataan yang cukup relevan untuk wanita yang memilih berkahwin dengan lelaki yang pernah berumahtangga sebelum bersama dirinya.
Dalam hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, seorang pengguna, Lisaputeri.mnoor menitipkan pesanan itu khususn buat wanita yang berada dalam situasi serupa dengannya.
“Apabila anda berkahwin dengan lelaki yang bercerai, ingat bahawa masa lalunya bukan medan pertempuran anda.
"Biarkan hak penjagaan, aset dan luka lama kekal di tempatnya iaitu di luar perkahwinan anda," katanya dalam kapsyen video tersebut.
BACA LAGI: Cantik dari dapur, brokoli dan bawang mempunyai manfaat cantikkan rambut, elak gugur
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
@lisaputeri.mnoor Apabila anda berkahwin dengan lelaki yang bercerai, ingat: masa lalunya bukan medan pertempuran anda. Biarkan hak penjagaan, aset dan luka lama kekal di tempatnya, di luar perkahwinan anda.
bunyi asal - lisaputeri.mnoor
Lisa turut menjelaskan bahawa perkara yang paling penting ialah memahami batas antara keperluan mengambil tahu atau mencampuri urusan lama.
"Apa-apa sahaja urusan suami dengan bekas isteri, jangan masuk campur. Boleh ambil tahu, tetapi jangan sesekali menyibuk atau mengatur.
"Sebab masa anda masuk campur, itulah punca drama baharu akan tercetus," tegasnya.
Menurutnya lagi, komunikasi antara suami dan bekas isteri lazimnya tidak boleh dielakkan, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai anak bersama.
Namun, isteri kini perlu bijak menilai peranan diri dan menjaga ketenangan rumah tangga sendiri.
“Kalau mereka nak bergaduh ke, nak saman-menyaman ke, biarlah.
"Jangan peningkan kepala dengan hal yang bukan kita punya tanggungjawab. Fokus pada kebahagiaan kita dan suami sekarang," tambahnya.
Lisa berkata sedemikian selepas hangat diperkatakan di media sosial berkait kesukaran seorang pempengaruh, Cik Epal untuk mengambil semula barangan yang berada di rumah bekas suaminya, Jofliam kerana wujud masuk campur bersama isteri baharu.
"Biarkan mereka yang selesaikan. Kita duduk tepi. Kalau perlu nasihat, beri seadanya. Tapi jangan lebih-lebih. Ini semua demi ketenangan diri sendiri," katanya lagi.
Lisa mengingatkan wanita bahawa memilih untuk berkahwin dengan duda adalah satu pilihan yang datang dengan pakej lengkap termasuk sejarah dan tanggungjawab lampau.
“Kalau lelaki itu ada anak, maka bersedialah untuk terima bahawa dia akan sentiasa berhubung dengan bekas isteri.
"Sama ada kita suka atau tidak, itu kenyataan yang perlu diterima," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram