
MESKIPUN Syawal sudah sampai ke penghujungnya pada Selasa lepas, kemeriahan Aidilfitri tetap dirai penuh gaya oleh penyanyi bersuara lantang, Ernie Zakri, 33, bersama puteri sulungnya, Nur Khawla Soleha.
Baru-baru ini, dua beranak tersebut menjadi perhatian ramai apabila tampil dalam busana sedondon rona 'blush pink' rekaan jenama fesyen tempatan, Amazae.
Dalam satu hantaran di akaun Instagram Ernie pada Ahad, penampilan mereka bukan sahaja mencuri tumpuan, malah mencetuskan pelbagai reaksi manis dalam kalangan warga maya yang rata-rata memuji kecomelan dan keanggunan mereka.
BACA LAGI: Emas ibu boleh difaraid sesama adik-beradik perempuan walaupun dibeli atas nama anak lelaki — Pakar
BACA LAGI: Selain tambah pahala, sunat hukumnya bagi suami tunai solat 2 kali semata mahu jemaah dengan isteri
Ernie dan Khawla, 3, bukan sekadar bergaya, malah dilihat begitu selesa di hadapan kamera.
"Ernie bawa rantai kunci ke tu?," seloroh @syamielisma.
"Persalinan sangat memukau, kak Ernie cantik," ujar @chaolohk.
"Cantik dan comel dua beranak ini," kata @shahidadaud_.
Sementara itu, hantaran Amazae di Instagram mereka pula menyifatkan penampilan Khawla sebagai kemunculan pertama dalam jenama mereka.
"Selalunya si ibu yang menghiasi 'posting' Instagram. Kali ini permata hatinya Khawla, membuat debut sulungnya dengan Amazae," tulis jenama yang diusahakan oleh duo Zeed Jamal dan Amar Madfir itu dalam ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut turut mempamerkan gelagat Ernie dan Khawla melakukan aksi 'posing' di belakang tabir.
Lebih mencuit hati apabila Khawla turut melakukan 'posing' seakan-akan model profesional, membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat si kecil itu yang seakan mewarisi sifat glamor ibunya.
"Ibu dan anak sama sedondon dalam persalinan rona khas blush pink. Sama genit, sama comel," ujar Amazae. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram