Pengantin wanita jadi inspirasi ramai, selesaikan tasmik hafalan al-Quran 30 juzuk dalam masa 23 jam sebelum bernikah


  • Relaks
  • Isnin, 05 Mei 2025

Mardiatul Hayati berjaya menyelesaikan tasmik menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dalam masa 23 jam sahaja. 

DALAM dunia yang sibuk meraikan cinta dengan penuh kemewahan, seorang wanita berasal dari Tebaban, Daerah Suralaga, Lombok Timur, Indonesia memilih untuk menyempurnakan satu pencapaian luar biasa sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Wanita itu, Mardiatul Hayati menjadi simbol wanita akhir zaman yang mengangkat martabat agama lebih tinggi daripada segala impian duniawi. 

Sebelum pernikahannya, beliau berjaya menyelesaikan tasmik 30 Juzuk Al-Quran dalam masa 23 jam sahaja. 

BACA LAGI:  [VIDEO] Bukan setakat cantik tapi jaga solat dan pandai masak, Eyka Farhana disifatkan sebagai 'bahan isteri'

BACA LAGI:  [VIDEO] Jangan campur urusan suami dengan bekas isteri, elak cetus drama baharu

Kejayaan beliau bukan sahaja membuktikan ketepatan dalam menghafal, tetapi juga menjadi teladan terbaik tentang bagaimana cinta kepada ALLAH dan Al-Quran dapat menjadi landasan yang kukuh dalam membina sebuah perkahwinan yang diberkati.

Tasmik, dalam konteks hafazan Al-Quran adalah ujian untuk membolehkan seseorang membaca atau mendengar Al-Quran yang dihafal di hadapan guru untuk memastikan keabsahannya. 

Mardiatul menunjukkan contoh yang sangat mengagumkan dengan menghabiskan keseluruhan 30 juzuk Al-Quran dalam satu sesi tanpa henti.

Hafalan itu dibuat bermula 23 April lepas di ruang solat Baiturrahim, Bagik Payung Selatan, Suralaga. 

Pada hari pertama sekitar pukul 7.00 pagi (waktu tempatan), beliau berjaya menghabiskan sebanyak 20 Juzuk. 

Pada 24 April, beliau menyambung 10 Juzuk terakhir sehingga selesai sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan). 

Mardiatul menyempurnakan itu sebelum pernikahannya yang diadakan pada 26 April lepas. 

Usaha keras dan ketabahan beliau itu bukan sahaja menyentuh hati sesiapa yang mengenali kisahnya, tetapi juga membuktikan betapa besarnya cinta beliau terhadap Al-Quran.

Salah seorang pengguna di laman thread, S.Aisyah turut memberi pujian kepada usaha beliau. 

"Dia berjaya. Dia memenuhi senarai impian saya yang pertama, malah lebih baik. Sekarang dia sudah menjadi hafizah. Allahumma barik," katanya. —  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram