
WANITA sering sinonim dengan sikap teliti dan gemar mengumpul barangan seperti pakaian, aksesori dan barangan kosmetik.
Namun jika tidak dikawal, tabiat itu boleh bertukar menjadi masalah penyimpanan melampau atau hoarding, yang bukan sahaja menjadikan rumah bersepah, malah memberi kesan kepada keselesaan orang sekeliling.
Perkara itu dibangkitkan oleh pengguna media sosial, Leslie Aida Sultan menerusi satu hantaran di Threads baru-baru ini, menegur golongan wanita agar lebih cakna tentang keperluan untuk declutter atau menyah-barang yang tidak digunakan di rumah.
BACA LAGI: Bola sepak ke 'floristry', pengalaman di UK angkat Azmy Osman jadi Pakar Bunga Negara
BACA LAGI: Transformasi rumah kecil celah bangunan, minimalis tropika 'hidupkan' kediaman usang
"Kita jangan jadi hoarder. Apa barang tak pakai, give away atau recycle. Jangan ada tabiat simpan barang tak pakai sampai tak ada ruang. Kasihan dekat orang yang duduk dengan kita," katanya.
Beliau berkongsi kisah bagaimana dua anak kepada pembantunya sangat gemar datang ke rumahnya suatu ketika dahulu, sewaktu urusan perniagaan dijalankan dari rumah.
"Anak-anak dia nampak happy dan selesa. Kerja sekolah pun siap. Tapi bila kerja dah habis, mereka tak datang lagi. Bila saya hantar ke rumah pembantu saya, baru saya faham kenapa," jelasnya.
Leslie terkejut melihat keadaan rumah pembantunya dipenuhi barangan di hampir setiap ruang, dari bungkusan dalam kotak belum dibuka, barangan dapur tidak digunakan, hinggalah kepada kucing peliharaan yang berkeliaran, menyebabkan rumah berbau dan dipenuhi bulu.
Rumah tidak sepatutnya menjadi ‘muzium peribadi’ yang menyimpan barangan tidak berguna.
"Rumah dia lengkap. Semua benda ada. Tapi bersepah dan terlalu banyak barang. Atas sofa ada baju-baju dan benda lain," ujarnya lagi.
Situasi itu, katanya, adalah contoh mengapa penting untuk tidak membiarkan rumah menjadi ‘muzium peribadi’ yang menyimpan barangan tidak berguna semata-mata atas alasan sentimental atau “mungkin berguna nanti”.
Leslie turut menegaskan bahawa alasan sibuk bukan sebab untuk tidak mengemas rumah, lebih-lebih lagi jika seseorang itu bukan ibu tunggal dan mempunyai masa terluang.
"Jangan pakai baju sahaja nak lawa tapi rumah berkeladak. Saya percaya anak-anak tak patut dibesarkan dalam suasana begini. Kebersihan itu kunci utama,” katanya.
Leslie menegaskan bahawa alasan sibuk bukan sebab untuk tidak mengemas rumah.
Perkongsian beliau mendapat sokongan ramai pengguna Threads lain yang turut berkongsi pandangan serta amalan masing-masing dalam mengurus barangan di rumah.
@Ar.Che.Wan berkongsi pendekatan sistematik yang diamalkan bersama keluarganya.
"Saya dah inform family ada tiga jenis sahaja boleh simpan; memorabilia (masuk album atau display), barang guna setiap masa dan stok seperti kertas atau alat tulis. Barang untuk kegunaan masa depan tak perlu simpan," katanya.
Sementara itu, @Soraya.Zainal menyatakan dia membuat proses declutter setiap beberapa bulan dan menyedekahkan barang melalui freemarket atau iklan di Facebook.
"Rumah saya tak ada stor, jadi semua benda kena ada tempat simpan yang spesifik. Kalau dah lama tak pakai, memang kena let go terus," ujarnya.
Pengguna lain pula berkongsi tip mudah yang diamalkan setiap kali hendak membuang barang:
"Saya tanya diri saya, bila kali terakhir guna? Kalau tak ingat, then off you go. Extra pinggan, mug, periuk, semua saya donate kalau tak digunakan. Bekas makanan plastik pun saya tak simpan. Bahkan getah tempe warna oren pun saya buang,” katanya sambil berseloroh.
Mesej utama yang ingin diketengahkan adalah jelas decluttering bukan sekadar soal kebersihan fizikal, tetapi turut membawa ketenangan emosi dan mental.
Rumah yang teratur dan lapang boleh memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga, terutama anak-anak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram