
Jika anda fikir persiapan ke MET Gala hanya melibatkan jurusolek dan pendandan rambut, anda sebenarnya masih terperangkap di tahun 2015.
Kini, selebriti menjalani pelbagai rawatan awal termasuk suntikan, ubat preskripsi khas, dan rawatan wajah demi memastikan penampilan sempurna di tangga ikonik Fifth Avenue.
Menurut pakar estetik, Iván Pol, beliau bekerja dengan 29 orang tetamu dalam tempoh tiga hari menjelang Met Gala tahun lalu.
BACA LAGI: 'Dulang girls' Eyka Farhana, 7 selebriti melaram hasil rekaan pereka fesyen pilihan
BACA LAGI: Ibu perlu sentiasa istighfar, jaga lisan sebelum marah anak, 'kena ingat mulut mak ini masin'
Selebriti yang menjadi undangan acara Met Gala sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan penampilan mereka sempurna. — Agensi
“Ada seorang klien yang minta rawatan pada pukul tiga pagi kerana perlu menghadiri rakaman program televisyen pagi,” katanya.
Berikut antara kisah-kisah sebenar di sebalik persiapan MET Gala:
1. Pembedahan pindahan lemak
Pakar Bedah Plastik, Dr. Darren Smith, mendedahkan bahawa seorang dermawan berusia 40-an pernah menjalani prosedur membentuk semula badan menggunakan kaedah pindahan lemak.
“Beliau datang bersama suami dan pembantu, meminta saya pasangkan muzik dan membuat tempahan makanan. Sesi tersebut kemudiannya bertukar menjadi pesta mini,” kongsinya.
2. Ubat atasi gugup
Menurut pakar perubatan, Dr. Amanda Kahn, ramai selebriti mengambil propranolol (ubat tekanan darah) sebelum acara bagi mengelakkan peluh berlebihan dan wajah menjadi merah akibat gugup.
“Pernah seorang klien tertinggal ubat sejam sebelum acara. Mujur saya ada kenalan ahli farmasi VIP yang segera bantu sediakan ubat,” jelasnya.
3. Bibir montok tanpa suntikan
Pakar estetik, Edyta Jarosz, menggunakan alat dan serum khas untuk memontokkan bibir tanpa penggunaan jarum.
Hasilnya, bibir kelihatan lebih segar dan penuh selama dua hari, tanpa sebarang lebam atau kesan suntikan.
4. Proses tan dalam pesawat
Bagi pakar 'tanning', James Read, cabaran paling besar adalah melakukan semburan tan di dalam jet peribadi.
“Klien sedang menjalani rawatan kuku dan wajah pada masa itu. Jadi, saya perlu bekerja dengan sangat teliti agar hasilnya sekata. Sebaik mendarat, beliau terus ke hotel untuk bersolek dan bersiap,” katanya.
Titis mata menggunakan preskripsi khas membantu mata selebriti tampak segar. — Gambar hiasan/Freepik
5. Titisan mata untuk efek ‘lift’
Jurusolek Selebriti, Carolina Gonzalez, berkata titisan mata preskripsi Upneeq digunakan untuk memberikan kesan ‘lift’ pada kelopak mata dalam hanya lima minit.
Ia membantu selebriti kelihatan segar dan ‘on point’ untuk gambar jarak dekat.
6. Rawatan saliran limfa
Pengasas sebuah pusat kecantikan, Tatiana Vianna, mendedahkan bahawa seorang kliennya hampir berdepan situasi cemas apabila pakaian MET Gala tidak muat selepas penerbangan jauh.
Untuk menyelesaikan masalah itu, beliau menjalani rawatan saliran limfa pada lewat malam, diikuti sesi kedua keesokan harinya bersama pengambilan teh hijau.
Hasilnya, pakaian tersebut akhirnya muat untuk digayakan di karpet merah.
7. Mesin bentuk otot
Pakar Estetik, Lucia Miranda, berkongsi bahawa kliennya menggunakan sebuah mesin khas selama lima hari berturut-turut untuk membentuk perut dan punggung.
“Saya tak sabar nak tengok beliau bergaya nanti,” ujarnya.
Ternyata, bukan mudah untuk tampil sempurna di acara fesyen paling berprestij itu.
Di sebalik gambar-gambar glamor di karpet merah, tersembunyi jadual persiapan yang padat, sesi kecantikan sehingga lewat malam, dan kos yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan semuanya demi momen yang hanya berlangsung beberapa minit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram