
SUASANA bertukar gamat dan meriah apabila para peminat teruja dengan kehadiran pelakon kacak dari Korea Selatan, Jung Sung-il, ke pusat beli-belah terkemuka negara, The Exchange TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penampilan eksklusif bintang siri drama popular The Glory, itu bersempena peranannya sebagai wajah rasmi untuk jenama mewah Itali, Piquadro.
Pada acara tersebut Sung-il bukan sahaja singgah dan menyerikan butik Piquadro, malah meluangkan masa dalam sesi Meet & Greet bersama media dan komuniti fesyen tempatan.
BACA LAGI: Pilates, senaman perut 800 kali, jus lemon rahsia 5 selebriti wanita K-Pop kekal langsing
Pemilihan pelakon K-drama tersebut kolaboratif bersama jenama itu berdasarkan kejayaan kariernya. Biarpun sibuk dengan jadual padat, namun beliau masih mengekalkan penampilan segak.
Apatah lagi, bergaya dengan setiap item koleksi Piquadro yang classy.
Menurut Sung-il, beliau selesa dengan setiap rekaan jenama Itali itu terutamanya amat meminati beg galas Blue Square yang menjadi peneman setia ke mana-mana sahaja.
Sung-il teruja mendapat sambutan daripada peminat dalam kunjungannya ke Malaysia baru-baru ini.
“Produk Piquadro ideal dengan gaya hidup saya, maklumlah selalu bergerak jadi saya memerlukan pelengkap gaya dan aksesori yang bukan saja bergaya, tetapi praktikal,” jelasnya sambil menguntumkan senyuman.
Hadir sama ialah Presiden Melium, Datuk Seri Dr. Farah Khan.
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun itu juga berkongsi minat kembara ke pelbagai destinasi antaranya kota sarat cerita dan inspirasi.
Justeru, dalam aktiviti kembara itu anak kelahiran Daegu, Korea Selatan tersebut akan membawa item fesyen Piquadro yang disifatkan menyerlah penampilan kemas dan maskulin.
Buat peminat setia di Malaysia, Sung-il sempat menitipkan pesanan istimewa, “Terima kasih Malaysia! Saya sangat hargai sambutan hangat daripada anda semua.
"Harap kita akan terus berkongsi minat terhadap gaya dan keaslian yang dibawakan Piquadro.”
Pada acara tersebut, para tetamu berpeluang melihat koleksi baharu Piquadro termasuk siri Blue Square yang ikonik.
Selain TRX, butik Piquadro dengan sentuhan Itali juga terdapat di gedung IOI City Mall Putrajaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram