[VIDEO] Jumpa identiti fesyen di usia hampir 40-an, wanita tampil yakin gayakan outfit kasual


  • Relaks
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Clara menarik perhatian ramai apabila dia tampil memperagakan pelbagai jenis outfit yang ringkas tetapi tampak elegan. 

DALAM dunia fesyen yang sentiasa berubah-ubah, tidak semua orang menemui gaya sebenar mereka pada usia muda. 

Namun, bagi sesetengah individu seperti, Clara Infante, dia beranggapan bahawa usia bukan sekadar angka tetapi ia menjadi titik permulaan kepada penemuan identiti fesyen yang sebenar dan lebih meyakinkan.

Menerusi satu rakaman video, Clara di laman Threads @Clarainfante menarik perhatian ramai apabila dia tampil memperagakan pelbagai jenis outfit yang ringkas tetapi tampak elegan. 

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

BACA LAGI: '9 tahun bersabar, nafkah semua beri,' peguam syarie saran 4 langkah hadap isteri degil

Video tersebut disukai lebih 900 individu serta dihujani komen positif daripada pengguna yang berpendapat perubahan gaya selepas melewati usia 30-an adalah normal.

Dalam video tersebut, wanita yang kini berusia lebih 30-an itu mempersembahkan beberapa fesyen harian yang menonjolkan sentuhan kasual tetapi tetap memukau daripada jaket berpotongan kemas hingga seluar bercorak plaid

Clara kelihatan selesa apabila tampil dengan loose jeans, striped shirt dan menggayakan tote bag ringkas agar penampilannya nampak muda namun tidak terlalu berlebihan.

Bahkan dia juga menunjukkan bagaimana beberapa item seperti baju sweater polos dan kasut loafer diulang pakai dengan menggunakan teknik mix and match.

Dia juga selesa menggayakan warna-warna neutral seperti coklat, beige, putih dan hitam, namun tetap berani bermain dengan rona maroon, hijau pine dan biru mengikut keadaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji cara beliau menggayakan pakaian yang tampak ringkas namun penuh bergaya.

Menariknya, dalam kapsyen video, Clara menyatakan bahawa beliau kini lebih yakin dengan pilihan fesyen sendiri dan menganggap usia memasuki 40-an membantunya mengenali stail yang paling sesuai dengan bentuk tubuhnya.

"Saya rasa benda yang sama! Seperti awak yang mula menyedari pakaian yang estetik pada usia lewat 30-an," tulis Carolines Creative Flow.

"Oh my gosh! This is so accurate! Haha," tulis Theukayqueen.

"Suka style awak," tulis Devigemala.

"Pakaian itu nampak sangat selesa! Stail awak pun nampak cool!," tulis Justmmytype.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram