
PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kini boleh memanfaatkan pelbagai peluang biasiswa yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta yayasan swasta untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Senarai terkini peluang tajaan pendidikan yang akan disenaraikan ini dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, @cikguafya, yang aktif berkongsi maklumat pendidikan di Instagramnya.
Senarai tersebut meliputi biasiswa bagi pengajian tempatan dan antarabangsa, termasuk program pra-universiti dan ijazah sarjana muda.
BACA LAGI: Beto Kusyairy jalani fisio rawat 'slip disc', isteri jadi tulang belakang sokong karier lakonan
BACA LAGI: Mudahkan urusan wajib, tak perlu hantaran sampai RM50,000 kalau sampai membebankan
Pelajar SPM bagi 2024 menerima keputusan peperiksaan itu pada 24 April lalu. — Gambar hiasan
Berikut ialah senarai biasiswa yang sedang dibuka kepada lepasan SPM berserta tarikh tutup dan pautan rasmi permohonan:
1. Biasiswa Yayasan Khazanah Watan (Pengajian Tempatan)
Tarikh tutup: 6 Mei 2025
2. Biasiswa Yayasan Khazanah Global (Pengajian Luar Negara)
Tarikh tutup: 6 Mei 2025
3. Biasiswa Pra-Universiti Kijang Bank Negara Malaysia
Tarikh Tutup: 4 Mei 2025
4. Biasiswa Sarawak Energy
Tarikh tutup: 25 Mei 2025
5. Biasiswa Yayasan DayaDiri (Post-SPM)
Tarikh tutup: 18 Mei 2025
6. Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP)
Tarikh tutup: 30 April 2025
7. Biasiswa Shell Malaysia
Tarikh tutup: 14 Mei 2025
8. Biasiswa Global Yayasan UEM
Tarikh tutup tidak dinyatakan (periksa laman rasmi)
9. Skim Pembiayaan Yayasan Peneraju
Maklumat lanjut di media sosial rasmi Yayasan Peneraju
10. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) – Pinjaman Boleh Ubah (Tempatan)
Tarikh tutup: 8 Mei 2025
11. Biasiswa Perdana Yayasan Tenaga Nasional (Tempatan & Luar Negara)
Tarikh tutup: 8 Mei 2025
12. Biasiswa Future Leaders Yayasan Telekom Malaysia (Tempatan)
Tarikh tutup: 5 Mei 2025
13. Biasiswa Future Leaders Yayasan Telekom Malaysia (Luar Negara)
Tarikh tutup: 7 Mei 2025
14. Program Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Tarikh buka permohonan: 28 April 2025
Layari laman rasmi JPA untuk maklumat penuh.
15. PNB Global Scholarship Award
Tarikh Tutup: 9 Mei 2025
Mohon di sini — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram