
PELAKON dan personaliti media sosial, Sweet Qismina mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membayangkan dirinya sedang mengandung.
Menerusi kapsyen ringkas, Sweet Qismina meluahkanimpiannya untuk bergelar seorang ibu.
"Imagine myself pregnant. Insya-ALLAH suatu hari nanti. Semoga ALLAH memberi rezeki zuriat. Amin," katanya.
BACA LAGI:[VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'
@sweetqisminaofficial Semoga Allah memberi rezeki zuriat aminnnn
original sound - yeesha2606
Perkongsian pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi itu menyentuh hati ramai pengikut yang turut berkongsi pengalaman serta memberi kata-kata semangat.
"Saya pun selalu bayangkan kalau saya pregnant. Trying to Conceive (TTC) empat tahun," luah Faraa Ochieemoo.
"Saya pernah down gila sebab orang cakap badan besar susah nak mengandung. Tetapi sebulan lepas nikah, terus mengandung. I doakan awak juga ada rezeki tu," kata Arfahhanum.
"Amin, semoga ALLAH beri zuriat yang comel dan kembar terus," tulis Syamabby.
"Ingat lagi pernah guna AInak tengok gambar sendiri mengandung, sekali dapat tahu esoknya double line," tulis Lilyrin.
Untuk info, Sweet Qismina mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Lee pada 24 Oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Pada Aidilfitri lalu, pelakon yang terkenal menerusi filem Pusaka itu pernah mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik hantaran gambardengan kapsyen agar dapat merasa beraya bertiga tahun depan.
“Hari raya kedua masih berdua, mengharapkan doa yang baik dari semua supaya dapat beraya bertiga, tahun hadapan la tapi. Panjang umur kita jumpa lagi ek. #TeamRayaJohor,” tulisny. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram