Persis panorama di Eropah, Bromo dan Bogor jadi destinasi pilihan percutian keluarga, rupiah jatuh buat ramai mahu serbu Indonesia


  • Relaks
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Alya berkongsi momen indah bersama keluarga sewaktu pergi ke Bromo dan Bogo, Indonesia.

KEJATUHAN nilai mata wang rupiah di Indonesia sejak kebelakangan ini membuka ruang yang luas untuk pelancong asing khususnya dari Malaysia untuk menikmati percutian impian di negara jiran secara lebih berbaloi. 

Tambahan pula, nilai ringgit kini dilaporkan lebih stabil berbanding 2024 sehingga menjadikan percutian ke negara seberang itu bukan sahaja mudah dicapai, malah popular dalam kalangan 'kaki travel' yang gemar melancong bersama keluarga.

Antara yang mengambil peluang itu adalah seorang ibu muda, Alya Amni Nazaruddin yang berkongsi detik-detik indah percutian bersama suami dan dua anak lelakinya di Indonesia, baru-baru ini. 

BACA LAGI:  Rupiah jatuh mendadak, peluang besar rakyat Malaysia melancong ke Indonesia

BACA LAGI:  [VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'

Perjalanannya yang bersifat spontan dengan prinsip You Only Live Once (YOLO) ternyata mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik beberapa gambar memepesona dari dua destinasi iaitu Bogor dan Gunung Bromo.

Menerusi koleksi gambar yang dikongsikan, mereka kelihatan berkelah di tengah-tengah kehijauan alam dengan berlatarbelakangkan panorama gunung yang indah. 

Dalam gambar lain, Alya dan suami masing-masing menunggang kuda sambil memegang erat anak kecil mereka dengan ia menjadi satu momen keluarga yang cukup bermakna.

Lebih mencuit hati, anak-anak mereka juga dilihat cuba memasak sambil memakai topi cef ketika berada di sana. 

Anak-anak Alya memasak sambil memakai topi cef.

Menurut Alya, walaupun itu bukan kali pertama mereka bercuti ke luar negara, pengalaman di Indonesia itu dianggap paling bermakna walaupun tanpa perancangan rapi.

"Tak sangka, perjalanan keluarga ke Indonesia ini paling seronok berbanding bercuti ke negara lain. Sekarang hari ke lima, nanti saya kongsi itinerari ya” tulisnya dalam kapsyen.

Jelasnya lagi, percutian itu dirancang secara santai tanpa bajet khusus iaitu dengan niat untuk menggembirakan anak-anak.

"Kami habiskan tiga hari di Bogor dan empat hari di Bromo. Tak ikut jadual pun. Janji anak-anak gembira," tambahnya.

Perkongsian itu dibanjiri komen positif warga maya yang turut menyatakan minat untuk mengikuti langkah Alya bercuti ke lokasi yang sama.

"Di Bromo, Malang dan Batu memang best .Dua kali pergi. Sekali (ketika) honeymoon, sekali lagi semasa bawa anak," tulis Hasnidarahman .

"Gambar semua cantik-cantik. Ada yang nampak macam pergi Eropah," tulis Imarahim456 .

"Share itinerari boleh ke sis? Nak pelan bawa anak bercuti," pinta seorang pengguna, Nunbayalamhah — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram