
SEORANG wanita, Nurul Ainaim menarik perhatian ramai di laman Threads apabila berkongsi hasil kerja tangannya mengubah suai dinding rumah menjadi lebih estetik dengan menggunakan bajet pada harga sangat berpatutan.
Dalam hantaran yang disertakan dengan beberapa keping gambar dan rakaman video, ibu kepada tiga orang anak itu menunjukkan langkah demi langkah proses menghias dinding rumahnya secara DIY (do-it-yourself).
Pada mulanya, dinding rumahnya kelihatan kosong dan biasa sahaja kerana belum dihiasi sebarang perhiasan.
BACA LAGI: '9 tahun bersabar, nafkah semua beri,' peguam syarie saran 4 langkah hadap isteri degil
Proses transformasi DIY dinding rumah Nurul Ainaim daripada polos sehingga gaya moden pada kos berpatutan.
Setelah itu, Nurul Ainaim mengambil inisiatif untuk menambah sentuhan kreatif dengan membeli beberapa kayu perhiasan dinding di Shopee pada harga serendah RM1.80 sebatang.
Beliau turut membeli set silikon bersama alat penolak silikon (silicone gun) pada harga RM24 bagi memudahkan proses pemasangan kayu itu.
Kayu perhiasan dinding itu kemudiannya dipasang sendiri oleh Nurul pada dinding rumah menggunakan gam khas, sebelum dicat dengan warna putih bagi menaikkan lagi seri ruang tersebut.
Hasilnya, dinding rumah yang sebelum ini polos kini tampil lebih bergaya dan moden.
Nurul turut berkongsi video hasil akhir ruang tersebut selepas transformasi dilakukan.
“Sapa kata perempuan tidak boleh DIY… Sila kagum dengan hasilnya. Keseluruhan kos RM150 saja," tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pujian dan inspirasi daripada ramai pengguna media sosial, terutamanya golongan wanita yang teruja dengan hasil kerja tangan Nurul yang kemas, kreatif dan menjimatkan.
"Lawa," tulis Aidilaamirul.
"Cantiknya. Nak cubalah nanti," tulis Shareenashaifudeen.
"Suka usaha awak! Cantik jadinya!" tulis Imanrusdi89. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram