[VIDEO] 'Abah kena balik, janji,' wanita sebak lepaskan bapa hidap 'anxiety disorder' tunai haji di tanah suci


  • Tular
  • Rabu, 30 Apr 2025

Faarena dan adiknya menangis teresak-esak sambil memeluk ibu bapa mereka yang bakal mengerjakan haji. 

TANGISAN dan pelukan terakhir antara anak dan ibu bapa yang mahu menunaikan haji mencuri perhatian warga maya.

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah, awal pagi Selasa.

Untuk rekod, seramai 284 jemaah termasuk 31 petugas haji berangkat dari dua lokasi iaitu stesen Alor Setar, Kedah dan KLIA Terminal 1, Sepang bagi kumpulan pertama. 

Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 yang berlepas pada pukul 4.05 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 7.50 pagi (waktu Arab Saudi).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kuncinya kena rajin, konsisten', Uqasha dipuji pandai jaga badan, cantik kalah anak dara

BACA LAGI: 'A late bloomer', Syeikh Muszaphar kongsi perubahan anak ke-2 dari 'introvert' ke 'outspoken'

@faarena_ Kami anak anak tunggu kepulangan mama abah. Semoga mama abah sentiasa di bawah jagaan AllahSemoga abah terus sihat bila jejak kaki di tanah suci. Semoga abah kuat dan tak kena anxiety lagiMama sentiasa steady, semoga balik pun sihat dan ceria macam selalu#haji2025 original sound - haji umrah

Namun, yang lebih menyentuh hati rakyat Malaysia bukanlah sekadar ketibaan mereka di tanah suci, tetapi momen perpisahan yang tular di laman TikTok.

Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Faarena dan adiknya menangis teresak-esak sambil memeluk ibu bapa mereka yang bakal mengerjakan haji. 

Wajahnya kelihatan merah padam menahan sebak, sebelum terdengar suara berkata, "Abah kena balik, janji".

Di ruangan kapsyen, Faarena menitipkan doa penuh harapan.

"Kami anak-anak tunggu kepulangan mama abah. Semoga mama abah sentiasa di bawah jagaan ALLAH. 

"Semoga abah terus sihat apabila jejak kaki di tanah suci, semoga abah kuat dan tidak kena anxiety lagi. Mama sentiasa sempoi, semoga balik pun sihat dan ceria macam selalu," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet berkongsi kisah dan kenangan peribadi mereka berkaitan ibadah haji.

Seorang pengguna, Farina Kamarroni mendedahkan bahawa dia juga akan meninggalkan anak-anak dalam tempoh waktu yang panjang untuk menunaikan haji. 

"ALLAH… sedihnya. Lagi 12 hari saya dan suami akan berangkat tinggalkan anak yang berumur 3 bulan, 7 dan 10 tahun," katanya. 

Sementara itu, pengguna lain, Bongsu Jane mengenang perpisahan terakhir dengan ibunya. 

"Begitulah akak cakap dengan arwah mak dua tahun lepas. 

"Balik tau mak. Tapi sudah tertulis pengakhiran mak di Mekah. Belum sempat tawaf pun. Mak pergi dalam ihram. Movenpick tempat terakhir kami berpelukan," katanya.

Warga maya lain, Puteri Jasmine turut berkongsi rasa takut yang pernah menghantui dirinya terdahulu. 

"Dulu masa mak saya nak berangkat ke Mekah, saya menangis teresak-esak di lapangan terbang… risau dan takut ALLAH jemput mak di sana. Tapi Alhamdulillah, mak pergi dan balik dengan selamat, sihat walafiat sampai sekarang," katanya. 

Manakala pengguna Nmds berasa sebak terkenang peristiwa lampau. 

"Teringat masa hantar arwah ayah dulu. Yang sedihnya, masa tu tiada telefon untuk rakam kenangan. Rupanya ayah meninggal di Mekah. Hanya mak yang pulang. Allahuakbar," katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram