
SEORANG wanita, Phoebe Gates yang juga merupakan anak bongsu kepada pengasas Microsoft, Bill Gates kini mencipta nama sendiri.
Pada usia 22 tahun, Phoebe bersama sahabat baiknya, Sophia Kianni kini melancarkan aplikasi beli-belah terbaharu bernama Phia.
Phia ialah aplikasi pintar yang membolehkan pengguna membandingkan harga pakaian dari ribuan laman web sama ada pakaian baru atau terpakai.
BACA LAGI: Anak trauma lihat ibu kena ikat waktu kecil, kongsi cara jaga pesakit bipolar sampai sembuh
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan 'cheat code', pakar tepis tanggapan suntikan epidural hanya untuk wanita lemah
Matlamatnya mudah iaitu membantu orang ramai membeli pakaian dengan harga terbaik dengan cara mengklik sahaja.
“Saya tahu orang akan kata saya berjaya sebab keluarga saya. Dan ya, saya akui.
"Tetapi saya juga bekerja keras dan dapati tekanan untuk buktikan diri sendiri,” kata Phoebe.
Berasal dari Seattle, Phoebe dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kerja amal.
Dia tidak terlibat dalam dunia Microsoft, sebaliknya memilih untuk mengikut minatnya dalam bidang fesyen.
Semasa belajar di Stanford, dia mula berminat dengan dunia pakaian secondhand dan membeli jenama mewah seperti Chanel dan Prada.
Sophia Kianni pula terkenal sebagai aktivis alam sekitar dan pengasas Climate Cardinals iaitu sebuah organisasi yang menterjemah maklumat perubahan iklim ke dalam lebih 100 bahasa.
Kedua-duanya adalah peminat barangan fesyen terpakai dan mula mendapat ilham mencipta Phia selepas pengalaman membeli-belah mereka sendiri.
Kini, melalui aplikasi Phia, mereka mahu memudahkan wanita untuk mencari pakaian idaman tanpa perlu habiskan masa membuka banyak laman web.
Selain aplikasi, Phoebe dan Sophia juga bakal melancarkan podcast The Burnouts With Phoebe untuk berkongsi kisah suka duka mereka sebagai usahawan muda di New York. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram