
BUAT anda penggemar kek, pencuci mulut atau apa saja manisan jangan skip membaca artikel ini.
Ini bukan sekadar pastri lazat, malah mengenai lima usahawan wanita yang mengubah hobi membakar kek menjadi bisnes berjaya dan popular.
Mereka bukan sahaja membina jenama dari bawah, malah berjaya memikat hati ribuan pelanggan dari segi rasa, tekstur, desain dan semangat mengharungi liku-liku perniagaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Berkat 'cafe hunting', suami isteri asal Perak mulakan kafe kek dan kopi premium di Ipoh
BACA LAGI: Tak perlu upah cef peribadi, 5 artis wanita ini mahir 'beraksi' di dapur, menu nampak lazat
Jom kenali lima bakeri diasaskan wanita yang hebat menghasilkan variasi kek, pastri dan roti hasil air tangan mereka.
Suka Dessert
Kalau anda penggemar manisan moden dengan presentation cantik ala Instagram-worthy, Suka Dessert harus ada dalam senarai wajib cuba. Dimiliki oleh usahawan Siti Hajar Mohd. Razali dikenali sebagai Auntie Ja, Suka Dessert terkenal dengan pencuci mulut moden sehingga sentiasa viral di media sosial.
Dengan tagline Manis Tak Pernah Membosankan, setiap produk Suka Dessert dihasilkan dengan penuh kasih sayang. Auntie Ja memulakan perniagaan dari rumah dan kini jenamanya menjadi kegemaran ramai terutama musim perayaan dan acara-acara istimewa.
Waktu operasi: 10 pagi -10 malam
Lokasi:
G-08, Residensi 280, 1KM, Lebuhraya Selayang - Kepong, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Selangor
Instagram: @sukadessert
Gulacakery
Nama Gula Cakery tidak asing lagi bagi peminat kek terutama yang duduk sekitar Lembah Klang. Di sebalik jenama terkenal ini berdiri seorang wanita hebat, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, yang bukan sahaja menghasilkan kek sedap, tapi mencipta ruang untuk orang lain belajar dan berkembang dalam bisnes tersebut.
Dari satu kedai kecil, kini Gula Cakery ada beberapa cawangan, kafe cantik dan kelas baking untuk orang awam. Signatur kek coklat moist sentiasa habis terjual. Selain itu, Nor Arieni berjaya ubah minatnya menjadi platform komuniti apabila pelanggan yang datang bukan hanya untuk menjamu selera, malah belajar dan berkongsi minat.
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam (setiap hari)
Lokasi:
Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor
Instagram: @gulacakery
Cake Jalan Tiung
Kalau rindu keenakan kek buatan mak-mak zaman dulu dalam versi moden, Cake Jalan Tiung adalah tempatnya. Perniagaan dimiliki oleh Nur Syafinaz Abdul Rahman, itu bermula dari Klang, Selangor dan pantas meningkat naik dek identiti yang unik.
Kek pandan gula Melaka cukup harum dan lembap, brownies pula ditambah hiasan karamel kelapa yang enak. Nur Syafinaz menggabungkan elemen nostalgia kampung dengan gaya moden, menjadikan kek beliau bukan saja sedap, namun mengembalikan nostalgia.
Waktu operasi: 8 pagi – 7 malam (Isnin - Jumaat, Khamis tutup
Lokasi:
9, Jalan Sukun 4/7, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor
Instagram: @cakejalantiung
Kelazatan setiap kek dan pastri dihasilkan di Vanilicious (kiri) dan My Mum’s Bakery dirasai dalam setiap gigitan. — Gambar/Instagram @mymumsbakery, @vanilicious
My Mum's Bakery
Kalau ada satu perkataan yang boleh gambarkan My Mum’s Bakery, ia adalah nostalgia. Bakeri dimiliki oleh Anne Idris, bermula dari dapur di rumah berinspirasikan resipi turun-temurun ibunya
Konsep homemade with love memang terasa dalam setiap gigitan daripada kek marble klasik hingga ke biskut yang rangup dan kaya butter sebenar. Roti bun juga gebu sehingga mengembalikan memori menikmati sarapan zaman dulu-dulu.
Selain itu, Anne bukan sahaja berniaga, tapi membawa perasaan rindu dan memori zaman kecil dalam setiap produk.
Waktu operasi: 10 pagi – 7 malam (Isnin - Sabt, kecuali Ahad)
Lokasi:
9, Jalan Suria X U5/X, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor
Instagram: @mymumsbakery
Vanilicious
Kadangkala hanya satu gigitan kek yang sempurna boleh ubah mood seharian. Vanilicious dimiliki oleh Syahirah Kassim, bukan sekadar manis pada nama, bahkan turut menerapkan elemen kesungguhan, ketelitian dan sarat kasih sayang dalam setiap lapisan kek dan pavlova dihasilkan.
Syahirah bermula sebagai homebaker, dan kini mempunyai pelanggan tetap yang tidak sabar menungguh koleksi bermusim dan tema-tema baharu. Makan sekali, pasti nak lagi!
Waktu operasi:
10.30 pagi – 6 petang (Selasa-Ahad, kecuali Isnin)
Lokasi:
Pv2 Platinum Hill, Jalan Taman Melati 1, Taman Melati KL
Instagram: @vanilicious
Kejayaan lima usahawan wanita itu membuktikan bahawa dunia bakeri bukan sekadar tentang kek dan manisan, tetapi ia disusuli dengan semangat, kreativiti dan keazaman untuk berjaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram