[VIDEO] 'I love educated parents', tindakan Nurin Afiqah kemas makanan anak bersepah di majlis orang raih pujian


  • Relaks
  • Selasa, 29 Apr 2025

Nurin Afiqah bersama suaminya, Fairuz dan anak sulung mereka.

TINDAKAN pelakon, Nurin Afiqah membersihkan sisa makanan anaknya yang bersepah di lantai ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini mencuri perhatian ramai warganet.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, Nurin dilihat mengutip sisa makanan di bawah meja makan selepas anaknya, Julia selesai makan.

'Bila awak nak bawa anak pergi majlis,' tulisnya di ruangan kapsyen yang merujuk kepada cabaran membawa anak kecil ke luar.

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

BACA LAGI: '9 tahun bersabar, nafkah semua beri,' peguam syarie saran 4 langkah hadap isteri degil

@nurinafiqaaah

they're not gonna be baby forever so its okie

Nikmati Perjalanannya - Chintya Gabriella

Tindakan tersebut mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat dan pengguna media sosial yang rata-ratanya memuji sikap bertanggungjawab dan prihatin Nurin.

Seorang pengguna, Bride Assistant Wanda berkongsi pengalamannya ketika bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B).

"Saya pernah kerja dalam F&B. Tiap kali ada pelanggan macam ini, jujur saya menangis dalam hati dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga terutamanya yang ada anak kecil. Sumpah terharu," katanya. 

Pengguna lain, Ika Sahaimi turut menyokong tindakan yang diambil Nurin. 

"Akhirnya ada juga yang faham. Tak salah pun nak bersihkan selepas anak kita makan. Tak perlu berdebat soal pekerja kena bersihkan dan sebagainya," katanya. 

Warganet bernama Cin pula berkongsi pengalamannya mahu membersihkan makanan anak ketika berada di luar. 

"Saya selalu nak kemas selepas bayi makan tetapi ada sesetengah tempat tak benarkan. Bila saya minta penyapu, mereka kata ‘tak mengapa, nanti kami sapu’," katanya. 

Seorang lagi pengguna, Linnunyna beranggapan ALLAH akan mudahkan urusan kita jika kita mudahkan kerja orang.

"Saya pernah susun pinggan kotor selepas makan tetapi ditegur orang, katanya tak perlu. Tetapi saya dah terbiasa. Tak sanggup tengok sepah," katanya. 

Seorang wanita, Ayu Fatihah turut memberi penghargaan terhadap tindakan Nurin itu.

"Setinggi-tinggi penghormatan buat Nurin! Saya pernah kerja dalam F&B, kebanyakan ibu bapa tak kemas selepas anak buat sepah. Sangat menghargai tindakan macam ni," katanya. 

Individu lain, Kang Bittna pula mendedahkan bahawa dia juga kebiasaanya melakukan hal yang sama.  

"Tak tergamak nak terus balik selepas anak makan bersepah.

"Lepas bersihkan, saya minta maaf di kaunter sebab masih ada sisa yang staf perlu bersihkan," katanya. 

Warga maya, Hafiza Maamor menjelaskan bahawa dia akan memastikan tiada sepah berada di bawah kerusi selepas makan. 

"Saya dan suami guna tisu untuk kutip sisa makanan. Kadang-kadang staf akan halang sebab mereka boleh dimarahi oleh pengurus," katanya. 

Dua individu lain juga berasa hormat kepada ibu bapa yang prihatin seperti Nurin. 

"Saya salute mak-mak macam ni! Usaha awak sangat memudahkan urusan orang lain. Moga hidup awak sentiasa mudah dan diberkati," tulis Aifia Sofea.

"I love educated parents," kata 4ridee. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram