Ibu kembali bekerja selepas cuti bersalin perlu sistem sokongan, pakar sarankan program 'mentoring' agar produktiviti terus konsisten


  • Relaks
  • Selasa, 29 Apr 2025

Ibu yang mendapat bimbingan lebih bersedia kembali bekerja tanpa rasa terpinggir. — Gambar hiasan/Freepik

BAGI ramai wanita, kembali bekerja selepas cuti bersalin bukanlah sesuatu yang mudah.

Mereka sering berdepan cabaran seperti diskriminasi, keletihan berlebihan dan beban mental yang berat. Ramai juga merasa terasing dan terdedah apabila kembali ke tempat kerja.

Namun, satu kajian terbaharu dari Britain mencadangkan bahawa program bimbingan (mentoring) boleh menjadi penyelesaian konkrit untuk membantu ibu-ibu melalui fasa mencabar ini dalam kerjaya mereka.

BACA LAGI: Jaga ibu bapa uzur, hidup lebih lama antara faktor wanita kurang 'saving' berbanding lelaki — Penasihat kewangan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kuncinya kena rajin, konsisten', Uqasha dipuji pandai jaga badan, cantik kalah anak dara

Ibu yang dibimbing merasa lebih lega kerana mereka ada tempat untuk berkongsi ketakutan. — Gambar hiasan/Freepik

Bagaimana bimbingan membantu? Ini jawapannya:

1. Menyediakan sokongan peribadi sebelum, semasa dan selepas bersalin

Program bimbingan memberi sokongan berterusan, bukan hanya selepas ibu kembali bekerja, tetapi juga sebelum dan sepanjang tempoh cuti bersalin.

Ini membuatkan ibu lebih bersedia dari segi emosi dan praktikal.

2. Memberi ruang selamat untuk meluahkan perasaan

Menurut kajian Universiti Keele dan Southampton, ibu yang dibimbing merasa lebih lega kerana mereka ada tempat untuk berkongsi ketakutan dan kebimbangan tanpa rasa takut dihakimi.

3. Membantu imbangi kerja, anak dan diri sendiri

Bimbingan membantu ibu mengatur keutamaan dengan lebih baik antara tanggungjawab kerja, menjaga anak dan menjaga diri sendiri.

4. Menyediakan strategi untuk kembali bekerja dengan yakin

Ibu yang mendapat bimbingan lebih yakin dan bersedia untuk mengambil semula peranan mereka di tempat kerja tanpa rasa terpinggir atau terasing.

5. Menggalakkan budaya kerja yang mesra dan inklusif

Kajian juga menekankan, majikan boleh mengambil langkah mudah seperti menyediakan waktu kerja fleksibel, memahami keperluan penjagaan anak dan menyediakan pegawai rujukan khas semasa cuti bersalin.

Semua langkah itu membantu ibu rasa dihargai dan disokong.

6. Mengurangkan risiko ibu rasa terasing

Kalau bimbingan dijalankan dengan betul, ia bukan sahaja membantu ibu kembali bekerja, malah mengurangkan rasa sunyi dan terasing yang biasa dialami selepas bersalin.

7. Meningkatkan motivasi dan kesaksamaan di tempat kerja

Sokongan seperti ini menghantar isyarat kuat bahawa syarikat menghargai semua pekerja tanpa mengira status sebagai ibu.

Ini penting untuk membina tempat kerja yang adil dan saksama untuk semua. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram