Bantu kecilkan muka akibat kesan sampingan ubat steroid, Ashanty nekad puasa 120 jam


  • Relaks
  • Selasa, 29 Apr 2025

Ashanty hanya mengambil 2.5 liter air kosong sehari sepanjang berpuasa.

PENYANYI Indonesia, Ashanty baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani puasa panjang selama 120 jam.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, dia berkongsi pengalaman tersebut yang dianggap detik gembira sambil menjelaskan proses puasanya.

"Alhamdulillah, saya berjaya berpuasa selama lima hari bersamaan dengan 120 jam," kata Ashanty atau nama sebenarnya Ashanti Hastuti.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kuncinya kena rajin, konsisten', Uqasha dipuji pandai jaga badan, cantik kalah anak dara

BACA LAGI: 'A late bloomer', Syeikh Muszaphar kongsi perubahan anak ke-2 dari 'introvert' ke 'outspoken'

 

 

Sepanjang tempoh berpuasa, isteri kepada Anang Hermansyah itu hanya mengambil air teh hijau tanpa kalori dan air kosong.

"Saya cuma minum teh hijau tanpa kalori dan mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air putih setiap hari. Saya juga tambah pengambilan air garam, sekitar setengah liter.

Jadi, jumlah keseluruhan minuman saya kira-kira 2.5 liter sehari," tambahnya.

Ashanty berkata, dia tidak berasa terbeban sepanjang menjalani puasa panjang itu.

Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesihatannya ke tahap lebih baik.

Katanya lagi, puasa membantu mengurangkan masalah 'moon face' atau kesan bengkak pada wajah akibat pengambilan ubat steroid yang pernah diambil secara harian untuk merawat penyakit autoimun yang dialami.

Dalam dunia perubatan, puasa panjang atau prolonged fasting masih menjadi topik yang sering dibincangkan.

Memetik sumber hello doktor, puasa panjang bukan satu diet yang boleh diikuti oleh semua orang dan agak sukar pada mulanya.

Selain itu, individu khususnya ibu mengandung atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti batu karang, gastrik atau diabetes tidak digalakkan untuk mengamalkan puasa penuh.

Pengambilan makanan dalam kuantiti sedikit menyebabkan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan juga rendah.

Akibatnya, tubuh akan menggunakan lebih banyak simpanan lemak untuk menghasilkan tenaga.

Buat pembaca yang ingin mencuba puasa jenis ini, berikut adalah tips yang didedahkan oleh Hello Doktor:

1. Puasa berselang-seli – Makan seperti biasa pada satu hari, diikuti dengan berpuasa sepenuhnya pada keesokan harinya dan kitaran ini berulang.

2. Puasa 5:2 – Mengambil makanan secara normal selama lima hari dalam seminggu dan berpuasa pada dua hari yang lain.

3. Makan dalam jangka masa tertentu – Makan seperti biasa tetapi hanya dalam tempoh lapan jam sehari. Contohnya, seseorang mungkin tidak mengambil sarapan dan makan tengah hari, tetapi tetap makan malam dalam waktu yang ditetapkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram