
PENDUDUK tergamam melihat pengantin lelaki, Maulana diserang sejurus selepas majlis akad nikahnya dalam kejadian di Desa Sendana, Kecamatan Kasimbar, Kabupaten Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, Indonesia pada Rabu.
Maulana, yang baru sahaja selesai akad nikah diserang oleh beberapa individu yang didakwa merupakan sepupu kepada pengantin perempuan.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan Maulana dipukul oleh tiga lelaki berbaju hijau dan seorang lelaki berbaju hitam.
BACA LAGI: Anak trauma lihat ibu kena ikat waktu kecil, kongsi cara jaga pesakit bipolar sampai sembuh
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan 'cheat code', pakar tepis tanggapan suntikan epidural hanya untuk wanita lemah
Apa suruhan mantan?
Detik - Detik Seorang Pengantin Pria di K3royok Saat Hendak Langsungkan Pernikahan di Parimo Sulteng. pic.twitter.com/iOnerImdGn
— b3'doel (@B3doel___) April 23, 2025
Kejadian berlaku ketika Maulana dan pengantin perempuan sedang keluar dari bilik pengantin.
Kedua-duanya kelihatan gembira, namun secara tiba-tiba serangan fizikal dibuat terhadap Maulana.
Walaupun pengantin perempuan cuba meleraikan pergaduhan dengan memeluk salah seorang pelaku berbaju hitam, usaha itu gagal menghentikan serangan tersebut.
Setelah kejadian, pelaku segera melarikan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi terbabit.
Maulana yang cedera akibat serangan segera dikejarkan ke pusat kesihatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Kasimbar, Inspektor Arman mengesahkan bahawa pelaku merupakan sepupu kepada pengantin perempuan.
Beliau juga memaklumkan bahawa dakwaan serangan itu berpunca daripada isu mas kahwin yang dianggap kecil jumlahnya.
Sebelum kejadian, terdapat perselisihan faham antara kedua-dua keluarga, namun perkahwinan diteruskan selepas dibincang secara baik.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan berusaha menahan pelaku yang masih bebas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram