Elak stres, isteri zaman moden lebih utamakan karier berbanding bergelar suri rumah


  • Relaks
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Ramai isteri zaman kini lebih memilih untuk bekerja berbanding bergelar suri rumah sepenuh masa. — Gambar hiasan

WANITA zaman moden kini lebih mengutamakan kerjaya berbanding bergelar suri rumah sepenuh masa.

Individu yang baru berkahwin ataupun sudah mempunyai anak, masing-masing berpendapat peranan sebagai isteri kini bukan lagi termaktub pada tugas menjaga anak, sebaliknya turut bertanggungjawab dalam soal perbelanjaan rumah.

Ditambah pula dengan isu kesihatan mental yang kian menular kebelakangan ini, hal itu mendorong ramai golongan isteri luar sana memilih kerjaya selepas berkahwin.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan saja jelita, guru Pendidikan Seni Visual tunjuk bakat 'conteng' mural dinding kelas, pupuk minat murid melukis di sekolah

BACA LAGI: Usia lebih separuh abad tak halang bintang Hollywood Demi Moore diiktiraf tercantik dunia

Menjadi bualan hangat di laman Threads, warga maya khususnya bergelar isteri menganggap status suri rumah sepenuh masa kurang relevan dengan situasi dan desakan ekonomi masa kini.

"Kalau tanya mana lagi stres jadi suri rumah atau kerja, aku pilih suri rumah, ia jadi seronok kalau ada maid dan baby sitter, lepas tu hujung minggu pergi spa lepak minum kopi, kalau semua buat sendiri memang letih la," kata tienna.

"Saya setuju sis walaupun saya working mom, sekurangnya apabila kita kerja ni dapat makan dengan tenang dan borak dengan rakan sekerja, stay strong semua suri rumah, semoga setiap keringat dicurahkan menjadi pahala," ujar azrardini.

"Suri rumah lagi stres, mental terkurung dalam rumah dan rutin harian yang sama, kalau isteri bekerja boleh jumpa orang hilangkan tekanan," tambah lavendar_hitam.

"Kadang-kadang bila tengah stres atau penat dengan anak itu ini memang pejam mata dalam hati berdoa ya ALLAH beri aku pahala banyak," jelas hidayaanordinn.

 

 

 

Pun begitu, tugas sebagai seorang ibu seharusnya tidak diabaikan sebesar mana sekali pun jawatan kerja disandang di pejabat.

Biarpun sibuk dengan tuntutan kerja, masa dan kasih sayang perlu dibahagikan sebaik mungkin agar hubungan bersama keluarga terutamanya anak-anak kekal erat selamanya.

Urusan hal rumah tangga merupakan tanggungjawab bersama dengan tugas seperti memasak, mengemas dan menjaga anak tidak seharusnya tertumpu kepada seorang sahaja.

Sebaliknya, suami isteri perlu saling bantu membantu dalam soal tersebut sekali gus mengimbangi antara tugas di pejabat dan peranan bersama keluarga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram