'If he wanted to, he would', lelaki sanggup 'transfer' RM38,000 demi cinta gara-gara enggan kekasih putuskan hubungan


  • Tular
  • Isnin, 28 Apr 2025

Phykara memuat naik tangkap layar perbualan bersama teman lelakinya. 

SEORANG wanita di Indonesia membuktikan bahawa menetapkan standard dalam hubungan bukanlah satu kesalahan. 

Jika lelaki benar-benar tulus, dia sanggup berkorban dan hidup demi cinta tanpa banyak persoalan. 

Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman TikTok, wanita itu, Phykara memuat naik tangkap layar perbualan bersama teman lelakinya. 

BACA LAGI:  [VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'

BACA LAGI:  'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah kepada cahaya matahari

Dalam mesej tersebut, dia secara terbuka menyatakan kepada rakan lelakinya bahawa dia tidak mahu terus hidup susah. 

Teman lelakinya, tanpa banyak persoalan berjanji akan memenuhi segala kehendaknya.

Wanita itu kemudiannya menyenaraikan beberapa keinginan seperti lima kotak Domino's Pizza, beg tangan Coach, produk penjagaan kulit Laneige, rawatan penjagaan rambut dan menjadi keahlian bagi sebuah salun.

Teman lelakinya tanpa banyak bicara terus bertindak memindahkan kira-kira RM38,000 (150 juta rupiah) ke akaun teman wanitanya sambil bertanya 'cuma itu sahaja sayang?'. 

Tindakan lelaki itu tidak berkira soal kewangan membuatkan ramai golongan wanita berharap mempunyai pasangan sedemikian. 

Menjengah ke ruangan komen, warganet berpendapat bahawa wanita masa kini tidak sepatutnya berasa takut untuk menetapkan kehendak dalam hubungan kerana lelaki yang benar-benar mencintai akan berusaha memenuhi segala kehendak. 

"Lailahaillallah Ya ALLAH, berilah hamba jodoh seperti ini, Ya ALLAH," tulis Seadump .

"Betapa saya ingin dicintai seperti lagu Sheila On 7, " tambah Fanny .

"Jika dia mahu, dia akan melakukannya (If he wanted to, he would)," tulis Cikiiiball . — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram