Rahsia Madhuri Dixit kekal awet muda, kulit mulus pada usia 57 tahun


  • Relaks
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Pada usia 57 tahun, Madhuri masih kekal 'fit' menari dan memiliki kulit wajah yang mulus.— Gambar/Instagram madhuridixitnene

BAGI pencinta filem Bollywood pasti mengenali Madhuri Dixit, pelakon popular yang bukan sahaja hebat bermain emosi, malah mempamerkan skil tarian mempesonakan dalam setiap karya dipertanggungjawabkan.

Biarpun kini meninjak usia 57 tahun, beliau kekal fit, awet muda dan memiliki kulit wajah yang berseri.

Menurut Madhuri, sehingga kini pelakon utama filem Dil To Pagal Hai itu masih mengamalkan rutin kecantikan yang disifatkan menjimat kos dan DIY, namun hasilnya berkesan.

BACA LAGI: Selepas diagnos kanser, Sonali bangkit, berikut 5 parameter bahagia dilakukan

BACA LAGI: [VIDEO] Tidak hanya hebat di layak perak, Kajol juga mahir mengait sambil 'tutup' mata

 

Beliau berkongsi rahsia kecantikannya itu melalui saluran YouTube, hanya menggunakan dua bahan mudah iaitu timun dan susu.

Hirisan timun direndamkan dalam susu lalu diletakkan pada kulit wajah bagi tujuan hidrasi, mengurangkan iritasi dan mengurangkan bengkak.

Menurut Madhuri, "Saya ingin berkongsi petua ringkas apabila kulit wajah kusam dan kering serta kurang sihat, apatah lagi anda perlu keluar menghadiri parti.

"Caranya mudah saja potong timun menjadi kepingan bulat, rendam dalam susu dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 hingga 20 minit. Kemudian letakkan hirisan ini pada muka dan mata 10-15 minit. Ia benar-benar membantu memulihkan kulit wajah.”

Susu berfungsi memberi kelembapan dan pengelupasan ringan, sementara timun mempunyai sifat penyejukan, antiradang dan penghidratan. 

Berikut MAJORITI kongsikan lima manfaat timun pada kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Menurut Madhuri, rutin mengamalkan kepingan timun dan susu membantu menyerikan kulit wajah.  — Gambar/Instagram madhuridixitnene

1) Sumber penghidratan

Timun mengandungi 96 peratus menjadikannya bahan semula jadi itu baik untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, selain mempunyai banyak nutrient penting untuk melembabkan sel-sel kulit.

Ia membantu mengurangkan kekeringan dan menjadikan kulit tampak lebih segar.

2) Mengurangkan bengkak

Menurut kajian 2023 diterbitkan Pubmed.ncbi.nlm.nih.gov, timun mempunyai keupayaan untuk mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam pada mata.

Kandungan flavonoid dan tanin yang mempunyai astringen membantu mengurangkan mata bengkak dan menyerap cecair berlebihan di bawah kulit.

Hirisan timun yang disejukkan atau jus timun membantu mengurangkan sembap sambil ‘menyegarkan’ kulit yang kelihatan letih.

3) Melawan penuaan dan kulit lebih anjal

Seiring bertambahnya usia, kulit cenderung menjadi kendur dan muncul garis-garis halus serta kedutan pada wajah. Justeru, timun membantu kulit tegang dah anjal.

Timun juga mengandungi vitamin A, C, K, dan asid kafeik yang merupakan antioksidan kerana apabila diletakkan pada kulit, timun membantu melawan kedutan, kerosakan akibat sinar matahari dan masalah kulit lain.

4) Mengurangkan keradangan kulit

Timun mempunyai ciri antiradang yang boleh mengurangkan keradangan kulit dengan berkesan.

Menurut laporan yang dikongsi pada Healthline.com, timun mempunyai ciri antiradang, ditambah dengan antioksidan dan nutrien seperti vitamin C dan asid folik, menjadikannya bahan yang sangat baik untuk topeng muka DIY.

Penggunaan toner atau gel timun boleh menghilangkan bengkak dan memberikan rasa menyegarkan.

5) Mencerahkan kulit

Sekiranya anda telah menghabiskan masa berjam-jam di bawah terik matahari, timun boleh menghentikan rasa terbakar pada kulit. Walaupun aloe vera terkenal untuk menenangkan kulit, timun juga berfungsi dengan baik.

Salah satu manfaat timun yang paling dicari untuk kecantikan adalah keupayaannya untuk mencerahkan pigmentasi kulit dan memperbaiki warna kulit secara keseluruhan kerana ia boleh mengurangkan bintik-bintik gelap dan perubahan tona kulit secara semula jadi.

Timun menggalakkan pencerahan kulit dan meningkatkan cahaya semula jadi menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang mencari penyelesaian bagi kulit kusam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram