
SEKALI pandang, ramai menyangka beliau selebriti, namun rupa-rupanya wanita anggun yang menggayakan jubah ponco daripada jenama IzaraWorld itu merupakan ibu kepada pelakon jelita, Izara Aishah.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Izara, 33, berkongsi momen istimewa ibunya menjadi model untuk rekaan eksklusif jenamanya.
"Ibu menjadi model menggayakan ponco Jubba saya," tulis Izara.
BACA LAGI: Kenali Saori Kawano, wanita paling penting di sebalik pengaruh hidangan Jepun di AS
BACA LAGI: Minum 8 gelas air sehari, suplemen kolagen oral tangani kedutan pada wajah
Ibu Izara bersama dua cucunya yang merupakan anak kepada Izara. — Instagram/@izaraaishahofficial
Namun, paling mencuri tumpuan bukan sekadar busana digayakan, tetapi wajah awet muda ibu Izara yang turut membuat netizen terpesona.
Rata-rata warga maya memuji penampilan ibunya yang dikatakan langsung tidak dimamah usia dan tampak seperti kakak atau adik kepada Izara sendiri.
Bukan itu sahaja, malah ada yang menyamakan beliau dengan bintang Bollywood ternama.
"Masya-ALLAH, bonda Izara macam kakak Izara pula, lawa sangat awet muda," komen @nisa_sarah.
“Kenapa saya rasa seperti Alia Bhatt? Cantiknya masya-ALLAH,” tulis @n.v.d.i.v.h.
Tidak kurang juga yang menyamakan beliau dengan ikon kecantikan Bollywood, Aishwarya Rai.
“Ibu awak seiras macam Aishwarya Rai,” ujar @hayati_noorkhan.
"Sekarang saya tahu dari mana datangnya kecantikan awak. Kedua-dua kamu memang sangat cantik,” kata @mrs_bellam.
Penampilan ibu Izara itu bukan sahaja menambah seri koleksi IzaraWorld, tetapi juga memperlihatkan kecantikan yang diwarisi, elegan, klasik dan mempesona. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram