Kurang yakin dengan penataan gaya sendiri? Cuba formula 'Rule of 7' sebelum keluar rumah


  • Relaks
  • Khamis, 24 Apr 2025

Contoh padanan pakaian yang mengikut peraturan 7 mata. — Instagram/@tinaleung @sharifahrose @sallyomo

SATU tip fesyen terbaharu yang digelar sebagai 'peraturan 7 mata' kini semakin mendapat perhatian.

Ia memudahkan sesiapa sahaja memilih pakaian yang bergaya hanya dengan apa yang ada dalam almari mereka.

Caranya mudah, setiap pakaian atau aksesori diberikan nilai mata, bergantung sama ada ia ringkas atau menyerlah.

Sebagai contoh, pakaian asas seperti t-shirt polos atau seluar jean biasa diberi satu mata setiap satu.

BACA LAGI: Pentingnya 'review' jujur! Influencer, selebriti elak 'overclaim', waspada promosi produk kesihatan

BACA LAGI: Syawal masih on! 5 tip deko 'last minute' rumah terbuka raya buat tetamu lebih selesa

Pempengaruh fesyen di TikTok turut mencuba tip 'peraturan 7 mata' ini. — TikTok/@charputri & @erika.dwyer

 

Sistem pemarkahan fesyen

Sebaliknya, pakaian atau aksesori yang menarik perhatian seperti corak yang berani, but unik atau selendang sutera yang menonjol diberi dua mata.

Menurut penulis blog fesyen, Stephanie Conklin, gabungan pakaian yang ideal biasanya memperoleh sekitar tujuh hingga lapan mata.

Beliau juga menasihatkan supaya elakkan jumlah mata di bawah enam atau melebihi sepuluh kerana ia boleh kelihatan terlalu ringkas atau terlalu sarat.

Contoh padanan pakaian mengikut 'peraturan 7 mata'

Satu contoh gaya asas ialah t-shirt putih polos, seluar jean dan kasut sukan yang secara keseluruhan memberi tiga mata.

Untuk naik taraf gaya ini, anda boleh kekalkan t-shirt dan kasut, tetapi tukar jean biasa kepada yang lebih menyerlah seperti yang dihiasi grommet (dua mata), tambah aksesori emas (satu mata) dan lengkapkan dengan cermin mata hitam bergaya (satu mata).

Jumlah mata keseluruhan adalah tujuh atau lapan mata.

Di Malaysia, pempengaruh dunia kecantikan, Sofea Shra pernah melakukan tip ini dalam salah satu penampilannya.

 

 

Strategi gaya yang praktikal

'Peraturan 7 mata' bukanlah satu peraturan ketat, tetapi lebih kepada panduan fleksibel, sangat berguna bagi mereka yang mahu kurangkan tekanan membuat keputusan setiap hari.

Ramai kini mengamalkan gaya ‘uniform’ ala Steve Jobs iaitu pakaian berwarna neutral dan berulang sebagai cara menjimatkan tenaga mental.

Memetik laporan Fortune, jurulatih kerjaya Amanda Augustine berkata, perubahan kecil seperti memilih uniform kerja harian boleh memberi kesan besar dalam menjimatkan ruang mental untuk perkara lain.

Asal usul tidak jelas, tetapi viral

Asal-usul 'peraturan 7 mata' ini masih tidak diketahui, tetapi popularitinya meningkat semula di TikTok dan mula diguna pakai oleh jurugaya serta pempengaruh.

Ia kini dianggap sebagai tip fesyen moden, seiring dengan nasihat Coco Chanel, "Tanggalkan satu aksesori sebelum keluar rumah."

Ringkas tetapi berkesan, ia menawarkan pendekatan baharu untuk tampil bergaya tanpa perlu berfikir terlalu lama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram