Syawal masih on! 5 tip deko 'last minute' rumah terbuka raya buat tetamu lebih selesa


  • Relaks
  • Selasa, 22 Apr 2025

Pengurusan rumah terbuka boleh menjadi satu cabaran yang sangat memenatkan, namun boleh ditangani dengan barangan dekorasi praktikal. — Gambar hiasan

TINGGAL seminggu lagi Syawal bakal melabuhkan tirai, namun belum terlambat untuk menganjurkan rumah terbuka bagi menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun kemeriahan raya di Malaysia mungkin semakin surut, namun masa yang ada adalah waktu terbaik untuk menjemput keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan berkumpul dalam suasana santai dan penuh makna.

Bagi sesetengah orang, persiapan dan pengurusan rumah terbuka boleh menjadi satu cabaran yang sangat memenatkan.

BACA LAGI: Cermin asimetri, lilin aromaterapi antara item jimat, mudah dicari cipta dekorasi elegan kontemporari

BACA LAGI: Pokok kemboja cantik tapi akar rosakkan struktur bangunan? Arkitek landskap perjelas fakta sebenar

Jangan biarkan semua itu menghalang anda daripada mencipta kenangan indah di penghujung Syawal.

Dengan sedikit perancangan serta sentuhan penyelesaian bijak, anda boleh melakukan majlis kecil yang meriah tanpa perlu stres dan berbelanja besar.

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda mengurus rumah terbuka 'last minute' dengan lebih tenang dan jimat.

Dulang hidangan FULLSPÄCKAD.

1. Persembahan menarik, mesra bajet

Bahagian paling dinanti-nantikan dalam mana-mana rumah terbuka pastilah juadahnya daripada tart nenas klasik, rendang dan ketupat yang kaya dengan rempah, sehinggalah sirap bandung menyegarkan.

Untuk menjadikan suasana lebih menarik, persembahan makanan yang kreatif boleh dilakukan tanpa perlu berbelanja besar.

Hidangan pencuci mulut boleh disajikan dalam gelas sedia ada, manakala minuman boleh dihias dengan daun rosemary dan dihidang menggunakan balang bertutup atau punch bowl yang dekoratif.

Bagi ruang yang terhad, penggunaan rak tambahan atau dulang hidang mampu menggandakan ruang penyajian dengan lebih tersusun dan cantik.

Bekas Makanan IKEA 365+.

2. Tak nak serabut? Simpan dulu je!

Sama ada anda memasak sendiri atau menempah katering, penyimpanan makanan adalah satu keperluan.

Bagi tukang masak di rumah, bahan-bahan boleh disiapkan awal dan disimpan dengan baik agar tidak kelam kabut pada hari majlis.

Lebihan makanan pula boleh disimpan di dalam bekas kedap udara untuk dihangatkan semula.

Selain itu, penggunaan troli beroda amat berguna untuk membawa pinggan, minuman dan peralatan dari dapur ke ruang makan atau dari seorang tetamu ke seorang lagi.

Ia bagi mengurangkan keperluan ulang-alik dan menjadikan semuanya lebih mudah dicapai.

Kelalang vakum TAGGÖGA.

3. Praktikal dan tetap meriah

Hidangan minuman panas seperti teh O dan teh tarik sudah menjadi sebahagian daripada budaya raya rakyat Malaysia.

Tetapi proses memanaskan minuman berkali-kali boleh memenatkan.

Flask vakum ialah penyelesaian mudah untuk mengekalkan suhu minuman agar sentiasa sedia dihidang tanpa perlu berulang kali merebus air.

Suasana juga boleh dimeriahkan dengan sentuhan dekorasi seperti tanglung dan lilin yang bukan sahaja menambah kehangatan, malah boleh digunakan semula untuk pelbagai acara.

Kusyen Lantai GURLI.

4. Ruang duduk tambahan sekelip mata

Dengan kehadiran tetamu yang silih berganti sepanjang hari, isu tempat duduk sering menjadi kebimbangan.

Tetapi sebenarnya banyak cara kreatif untuk menambah ruang duduk tanpa mengambil terlalu banyak ruang simpanan.

Kerusi lipat dan kusyen lantai antara barangan yang boleh digunakan dan tidak memerlukan terlalu banyak ruang penyimpanan selepas digunakan.

Ramai juga yang lebih selesa duduk bersila di lantai, jadi dengan penyediaan meja kecil atau bangku di sudut-sudut rumah boleh memberi ruang untuk mereka meletakkan pinggan dan cawan.

Kotak berpenutup SAMLA.

5. Bersih cepat, tak perlu stres

Apabila majlis sudah selesai, kerja pembersihan pula menanti.

Untuk memudahkan proses itu, sistem pengasingan sampah boleh diperkenalkan dan tetamu digalakkan membuang sisa makanan serta bahan kitar semula ke dalam tong yang berbeza.

Jika tong itu dilabel dengan jelas, kerja membersih jadi lebih mudah dan boleh dilakukan secara bersama.

Langsir, kain alas tambahan dan sarung kusyen juga boleh dilipat dan disimpan dalam bekas simpanan yang sesuai agar rumah kembali kemas selepas perayaan.

Troli NISSAFORS.

Setiap idea dan solusi praktikal yang dikongsikan daripada dulang hidang bergaya, troli beroda yang memudahkan pergerakan hingga kelalang vakum untuk minuman panas, boleh didapati di IKEA.

Bahkan gedung perabot itu turut menyediakan varieti pilihan kerusi lipat, kusyen lantai, selain kotak simpanan dan tong sampah berlabel untuk kegunaan semasa dan selepas musim raya.

Tak kira sama ada anda merancang majlis kecil atau rumah terbuka besar-besaran, IKEA menawarkan pelbagai barangan rumah yang praktikal, bergaya dan mampu milik untuk memastikan perjalanan sambutan berjalan lancar dan penuh ceria.

Raikan detik terakhir Syawal dengan penuh gaya, hanya dengan bantuan solusi pintar dari IKEA.

Kunjungi IKEA Damansara, Cheras, Tebrau, Batu Kawan atau beli secara online di IKEA.my. Dengan IKEA, rumah terbuka last minute pun boleh jadi luar biasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram