'Smoothie' RM120, lobak RM100, Erewhon pasar raya kesihatan selebriti paling ‘in’ di LA


  • Relaks
  • Selasa, 22 Apr 2025

Pasaraya Erewhon menjadi kegemaran dalam kalangan selebriti seperti Kendall Jenner. — Instagram/@erewhon

EREWHON merupakan pasar raya organik eksklusif di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) terkenal harga luar biasa dan barisan pelanggan selebriti seperti Hailey Bieber, Dakota Johnson dan keluarga Kardashian-Jenner.

Di sinilah pengunjung boleh menemukan roti sourdough berharga RM70, susu lembu mentah RM90 dan smoothie berharga ratusan ringgit.

Lebih daripada sekadar pasar raya, Erewhon menjadi simbol gaya hidup mewah dan sihat.

BACA LAGI: Lebih sedekad pejuang hak wanita, Cinta Laura kesal masih ramai perempuan jadi mangsa gangguan seksual

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan buat-buat tak faham, parkir 'pink' khas untuk wanita saja!

Erewhon terkenal dengan menu 'smoothie'. — Instagram/@erewhon

Pasar raya tersebut sering trending di TikTok, menjadi lokasi ‘OOTD’ semasa pandemik dan digelar tempat lepak paling panas di Los Angeles.

Dengan rekaan kedai eksklusif dan lokasi strategik di kawasan elit, Erewhon berjaya menarik minat golongan kaya, peminat kesihatan dan pengaruh media sosial.

Pasar raya berkenaan diasaskan pada 1966 oleh pasangan Jepun, Michio dan Aveline Kushi yang membawa falsafah makrobiotik, pemakanan berasaskan makanan semula jadi dan mengelakkan gula atau daging.

Fenomena lipstick effect juga mendorong popularitinya.

Ramai generasi muda sanggup belanja lebih untuk barangan mewah kecil sebagai ganjaran diri. TikTok pula dipenuhi video tekaan harga dan ulasan ‘haul’ Erewhon

Sebagai contoh, meneka harga sayur-sayuran yang dipotong siap seperti batang lobak organik yang boleh mencecah RM100.

Sabrina Carpenter antara selebriti bekerjasama dengan Erewhon. — Instagram/@erewhon

Kolaborasi sumbang kejayaan

Kolaborasi dengan jenama fesyen dan selebriti mengukuhkan lagi identiti itu termasuk dengan Balenciaga, Ugg Tazz dan Sushi Club oleh Nobu Matsuhisa.

Kerjasama dengan Hailey Bieber pada 2022 melonjakkan nama Erewhon.

Smoothie 'Strawberry Glaze Skin' menjadi viral selepas beliau berkongsi resepi di Instagram dan kini terjual sebanyak 40,000 unit sebulan.

Erewhon kini bekerjasama dengan ramai selebriti lain seperti Sabrina Carpenter, Emma Chamberlain dan Nara Smith.

Setiap selebriti memilih badan amal untuk menerima sebahagian hasil jualan. Pada 2024 sahaja, lebih RM11 juta telah disumbangkan hasil kolaborasi ini.

Selain itu, Erewhon juga muncul dalam siri televisyen terkenal The White Lotus.

Kini, Erewhon mempunyai 10 cawangan di seluruh California dan bakal membuka tiga lagi pada tahun ini, sekali gus mencatat pertumbuhan terbesar sejak ditubuhkan.

Cabaran utama mereka adalah mengekalkan elemen eksklusif dan pengalaman unik setiap kali mereka membuka cawangan baharu.

Pakar percaya kunci kejayaan Erewhon ialah keupayaan mencipta budaya di sekeliling jenama, bukan sekadar menjual produk.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram