[VIDEO] Pelancongan Korea Selatan semakin 'Muslim-friendly', sedia hijab rona sedondon buat pelanggan gayakan 'hanbok'


  • Relaks
  • Isnin, 21 Apr 2025

Daehan Hanbok kini menyediakan tudung bagi memudahkan para pengunjung wanita menyesuaikan dengan pemakaian yang ingin digayakan.

KOREA Selatan terus menunjukkan komitmen dalam menjadikan negaranya sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim.

Terbaharu, butik pakaian tradisional terkenal, Daehan Hanbok memperkenalkan inisiatif menyediakan tudung sedondon untuk pelanggan wanita Muslim yang ingin mengenakan hanbok.

Kedai tersebut yang sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia menawarkan pelbagai pilihan hanbok dengan varieti warna untuk disewa atau dibeli.

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku semasa bayi

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah kepada cahaya matahari

@daehan_hanbok Assalamualaikum Padankan Hanbok anda dengan warna tudung apabila anda menyewa dengan kami di Daehan HanbokKini tersedia di tingkat dua #daehanhanbok #korea #thingstodoinseoul #seoultravels #hanbok #hanbokexperience original sound - daehan_hanbok

Inisiatif itu mendapat perhatian ramai selepas satu video dimuat naik di laman rasmi TikTok mereka, Daehan Hanbok.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dikenali sebagai Chan berkata, pihak kedai mula menyediakan tudung yang sepadan dengan hanbok bagi memudahkan pelanggan Muslimah menggayakan busana tradisional Korea itu dengan lebih yakin.

“Kami melihat ada pelanggan wanita berhijab yang mengalami kesukaran memadankan tudung yang dibawa dari rumah dengan warna hanbok yang tersedia di butik.

"Disebabkan itu, kami mula menyediakan pilihan tudung yang sesuai dengan warna hanbok agar penampilan mereka kelihatan lebih sedondon," jelas Chan.

Langkah itu bukan sahaja memudahkan pelanggan membuat pilihan, malah turut menjadikan pengalaman mengenakan hanbok lebih menyeronokkan.

Rata-rata pelancong terutamanya dari Malaysia dan Indonesia menyambut baik inisiatif tersebut dan memuji kepekaan pihak Daehan Hanbok terhadap keperluan pelanggan Muslim.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pelancong terutamanya dari Malaysia dan Indonesia memuji inisiatif itu.

"Wow! Saya sangat menghargai promosi hanbok di butik Daehan Hanbok yang begitu menitikberatkan apa yang diperlukan oleh pelancong Muslim.

"Sebagai pemandu pelancong, saya akan mengesyorkan hanbok di sini kepada pelanggan saya yang ingin menyewa pakaian tradisional Korea itu," tulis Aulia Kim.

"Lihatlah betapa baik dan mesranya layanan mereka kepada pelancong Muslim! Akan pergi ke tempat anda pada masa hadapan," tulis Lana.

"Terima kasih banyak kerana memikirkan butiran kecil seperti ini, keprihatinan anda terhadap pelancong wanita Islam sangat bermakna. Saya akan mengesyorkan hanbok daehan kepada rakan-rakan saya yang akan melancong ke Korea," tulis Astried. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram