Lelaki lebih setia dengan tukang gunting rambut berbanding pasangan sendiri?


  • Relaks
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Wanita, sebaliknya kurang menunjukkan kesetiaan serupa terhadap penggaya rambut masing-masing.

HUBUNGAN paling setia dalam hidup seorang lelaki mungkin bukan dengan pasangannya, tetapi dengan tukang gunting rambut. 

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Capital Hair and Beauty pada 2023 mendapati bahawa 75 peratus lelaki di Britain mengakui mereka lebih setia kepada tukang gunting rambut daripada pasangan masing-masing. 

Lebih menarik, sebanyak 28 peratus lelaki mengaku tidak sanggup menukar tukang gunting mereka, sedangkan hanya 15 peratus wanita menunjukkan kesetiaan serupa terhadap penggaya rambut masing-masing.

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

BACA LAGI: 'Komplikasi selepas bersalin jarang berlaku kepada wanita', isteri Putera Harry derita preeklampsia sebaik melahirkan anak

Bagi sebahagian lelaki, tukang gunting bukan sekadar pemotong rambut, tetapi insan yang menjaga keyakinan dan gaya diri mereka dengan penuh konsisten dan teliti. — Agensi

Menurut pakar, ikatan itu terbentuk hasil daripada rutin yang konsisten, rasa selesa dan kepercayaan yang dibina selama bertahun-tahun. 

Ramai pelanggan tetap biasanya akan kembali ke tukang gunting sama untuk tempoh yang sangat lama sehingga menjadikan hubungan itu lebih stabil dan kadangkala melebihi jangka hayat sesebuah hubungan percintaan.

"Tukang gunting saya tahu lebih banyak tentang hidup saya berbanding pasangan saya sendiri," kata seorang netizen di media sosial. 

"Darah saya jenis apa, trauma saya, malah kata laluan WiFi pun dia tahu!," tulis seorang pengguna lain.

"Saya dah pergi ke tukang gunting yang sama setiap tiga minggu selama 18 tahun. Rasanya saya patut nikah saja dengan dia," kata seorang lagi. 

Tidak hairanlah jika ada yang sanggup menunggu berjam-jam atau meredah jarak jauh semata-mata untuk mendapatkan khidmat tukang gunting rambut yang dipercayai.

Ini kerana bagi sebahagian lelaki, tukang gunting bukan sekadar pemotong rambut, tetapi insan yang menjaga keyakinan dan gaya diri mereka dengan penuh konsisten dan teliti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram