[VIDEO] Terima 10,000 unit saham, rumah sebagai mas kahwin, wanita Indonesia kahwini jejaka mat salih buat ramai cemburu


  • Benua
  • Khamis, 17 Apr 2025

Riska Damayanti (kanan) dan Bailey Davis (kiri) kelihatan menawan dalam persalinan tradisional moden.

SEORANG wanita dari Sumatera Selatan, Riska Damayanti, 25, mencuri perhatian ramai apabila kisah perkahwinannya dengan seorang jejaka mat salih tular di media sosial. 

Perkahwinan Riska dengan lelaki dari New Zealand itu bukan sahaja menjadi bualan kerana gabungan dua budaya yang indah, malah nilai mas kahwin yang diterima pengantin perempuan turut membuat ramai ternganga.

Ramai netizen turut tersentuh dengan kesederhanaan majlis yang tetap mengekalkan elemen budaya tempatan, walaupun pasangan tersebut datang dari latar belakang yang berbeza.

BACA LAGI: 'Saya sendiri sebagai ibu dapat rasakan', Sesal alunan Siti Nurhaliza singkap penderitaan hilang anak perempuan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sejuk perut ibu mengandung', warganet puji anak kecil bijak berselawat, sifatkan ibu bapa lain wajar contohi

@ceritabibidama Officially Mrs.Davis#fyp #mixcouple #mixmarriage #javanese #belitangokutimur #capcut #ldr #marriage suara asli - Riley - Mrs.Davis

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ceritabibidama memaparkan detik-detik indah majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Dengan kapsyen berbunyi Officially Mrs. Davis, rakaman berkenaan mendapat lebih 2 juta tontonan.

Dalam video tersebut, kedua-dua mempelai yang kali pertama bertemu di Bali itu kelihatan menawan dalam persalinan tradisional moden.

Si pengantin lelaki, Bailey Davis, 25, pula tampil segak dalam sut putih lengkap dengan peci (songkok), manakala Riska memukau dengan busana putih digabungkan songket Palembang berwarna perak serta tengkolok khas Palembang yang melambangkan warisan budaya.

Namun, yang lebih mencuri tumpuan adalah mas kahwin mewah yang diterima oleh Riska.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, mas kahwin yang diterima termasuklah sebuah unit rumah, wang tunai 100 juta rupiah (kira-kira RM26,200), 30 gram kepingan emas, 10,000 unit saham Bank Rakyat Indonesia (BRI) dan satu set barang kemas emas.

Nilai luar biasa mas kahwin itu membuat ramai warga maya tampil memberikan reaksi yang mengagumkan. 

“Kongsilah ilmu macam mana nak dapat lelaki mat saleh kak,” kata Fiffiiii.

May this love find me too,” tulis pengguna Lvlyrv.

“Tidak hairanlah keluarga saya tersenyum gembira selepas menerima 10,000 saham BRI,” kata Cerry.

“Perkahwinan sederhana tetapi mas kahwinnya luar biasa,” komen Auliaaul373.

“Deko mungkin biasa, mas kahwinnya luar biasa,” tulis Mrs.R. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram