[VIDEO] Siti Hariesa mahu 'support' jenama fesyen lokal, percaya label tempatan juga tinggi kualiti


  • Relaks
  • Khamis, 17 Apr 2025

Siti Hariesa tidak memilih dalam membeli beg tangan asalkan memiliki kualiti yang bagus.

SEJAK beberapa minggu lalu, tular di TikTok China beberapa video daripada akaun yang mendakwa mereka merupakan kilang Original Equipment Manufacturer (OEM) sebenar di sebalik penghasilan produk jenama mewah terkenal.

Video-video tersebut bukan sahaja menarik perhatian pengguna TikTok di China, malah turut menular ke Malaysia dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen tempatan.

Antara akaun yang mendapat perhatian ramai ialah SEN Bags (@senbags) yang mendakwa kebanyakan jenama mewah hanya membeli produk yang hampir siap dari kilang mereka sebelum ditambah logo dan dibungkus secara eksklusif untuk pasaran global.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak jati Teluk Intan hasilkan buku kartun tentera pertama di Malaysia, papar realiti dunia ketenteraan

BACA LAGI: Kisah di sebalik kanvas, wanita Orang Asli suku Cheyenne gigih bantu anak istimewa perluas kreativiti seni

Mengulas mengenai isu ini, pelakon popular Siti Hariesa menyatakan bahawa beliau tidak terlalu mementingkan jenama atau harga, sebaliknya lebih mengutamakan kualiti sesuatu produk.

“Saya boleh jadi sangat relaks tentang harga, tak kisah murah atau mahal.

"Tetapi bagi Hariesa, yang penting adalah kualiti. Tak perlu mahal pun, saya okey saja. Saya pilih yang berkualiti,” katanya kepada Majoriti.

Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam itu berkata, beliau tiada had harga tetap untuk membeli sesuatu barangan seperti beg tangan.

Hariesa berkata, perkara yang penting adalah kemampuan dan keperluan semasa.

“Saya pun belum ada lagi koleksi beg tangan 10 jenama mewah dan sebagainya. Tapi insya-ALLAH kalau ada rezeki lebih, alhamdulillah.

"Cuma saya tidak tergesa-gesa pun untuk memilikinya. Saya hargai apa yang saya ada sekarang," katanya. 

Dalam masa yang sama, Hariesa turut menyatakan sokongannya terhadap jenama tempatan yang semakin berkembang dan menghasilkan rekaan menarik.

“Sekarang pun kita dah ada banyak jenama tempatan yang tampil dengan beg tangan rekaan baru yang comel-comel. Jadi saya okey saja. Saya sokong perniagaan tempatan juga,” katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram