[VIDEO] 'You must always do well', pesanan Pak Lah jadi lambang kasih dan sayang datuk kepada cucu


  • Relaks
  • Rabu, 16 Apr 2025

Hantaran Mizz yang mencuri perhatian ramai di media sosial. 

NEGARA kehilangan seorang tokoh negarawan tersohor apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin. 

Permergiaan Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berjiwa tenang, sentiasa menegakkan nilai integriti dan kesederhanaan dalam kepimpinannya dirasai seluruh negara.

Namun di sebalik berita duka itu, momen paling menyentuh hati datang daripada insan yang amat rapat dengannya iaitu cucu beliau sendiri.

BACA LAGI: 'Saya sendiri sebagai ibu dapat rasakan', Sesal alunan Siti Nurhaliza singkap penderitaan hilang anak perempuan

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi

Hantaran Mizz yang mencuri perhatian ramai di media sosial. 

Menerusi satu video yang dikongsi di TikTok, cucu Allahyarham, menggunakan akaun Mizz.not.miss berkongsi detik peribadi terakhir bersama Allahyarham yang selesa dipanggil 'Tok Wan'. 

Dalam video tersebut, terpapar perbualan ringkas tetapi sarat makna antara seorang datuk dan cucunya iaitu sebuah pesanan yang akan kekal terpahat sepanjang hayat.

You must always do well," pesan Tok Wan dengan lembut.

I said I will,” balas Mizz.

"Bagus," Hanya satu perkataan, namun cukup untuk menggambarkan kasih, harapan dan bangga seorang datuk kepada cucunya.

Video itu diakhiri dengan satu ucapan peribadi yang benar-benar menyentuh perasaan berbunyi, 'Tolong katakan hi kepada Tok Ma,' tulis Mizz dengan merujuk kepada neneknya yang juga isteri pertama Tun Abdullah, Allahyarhamah Tun Endon Mahmood.

Allahyarhamah Tun Endon meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara.

Tun Abdullah dan Tun Endon mendirikan rumah tangga pada tahun 1965 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selepas dua tahun pemergian Tun Endon, Tun Abdullah mengahwini Tun Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram