Usia 60 tahun tak halang Farah Khan bersenam naik tangga 28 tingkat 2 kali sehari


  • Sihat
  • Selasa, 15 Apr 2025

Farah kini mempunyai stamina tinggi dan lebih sihat secara menyeluruh selepas mengamalkan rutin mendaki tangga.

KETIKA ramai antara kita mengeluh apabila perlu naik tangga, pengarah filem dan pereka tari terkenal dari India, Farah Khan menjadikannya rutin kecergasan harian.

Walaupun berusia 60 tahun, beliau mampu mendaki 28 tingkat dua kali sehari dan hasilnya sangat mengagumkan.

Sebelum ini, beliau mengakui sering ponteng senaman kerana berasakan ia amat meletihkan.

BACA LAGI: Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku sewaktu bayi

BACA LAGI: Join Muay Thai nak kurus, kini jadi jurulatih, buka gim seni bela diri untuk wanita

Yogesh (kanan) merupakan jurulatih kecergasan membantu Farah dalam mengamalkan gaya hidup lebih sihat. — Instagram selebriti

Namun semuanya berubah apabila beliau mengambil keputusan untuk lebih menjaga kesihatan dengan bantuan jurulatih kecergasan selebriti, Yogesh Bhateja.

Memandangkan tinggal di penthouse maka tangga menjadi 'gim' peribadinya.

Menariknya, perubahan besar itu bukan sekadar soal menurunkan berat badan, bahkan beliau kini lebih bertenaga, berstamina tinggi dan lebih sihat secara menyeluruh.

Ceritanya menjadi tular kerana ia realistik, mampu dilakukan dan sesuai untuk sesiapa sahaja tanpa mengira usia

Menurut Yogesh, walaupun hanya naik dua sehingga tiga tingkat sehari, ia sudah cukup memberi kesan positif seperti berikut:

1. Kesihatan jantung lebih baik.

2. Kekuatan otot kaki meningkat.

3. Metabolisme meningkat.

4. Emosi lebih stabil dan ceria.

5. Mudah dilakukan kerana tidak memerlukan peralatan khas.

Naik tangga vs senaman tradisional

Naik tangga adalah bentuk senaman praktikal, terutamanya untuk individu sibuk seperti Farah.

Ia menjimatkan masa dan boleh dilakukan di mana-mana. Tidak perlu meluangkan masa sejam di gim, cukup dengan langkah konsisten setiap hari.

Bagaimana hendak memulakan?

1. Mula dengan dua atau tiga tingkat sehari.

2. Rehat jika perlu.

3. Gabungkan dengan regangan ringan.

4. Ikut keadaan badan. Rujuk doktor jika ada masalah lutut atau sendi.

Farah membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif dan sihat. buktinta beliau berjaya mengubah gaya hidup secara menyeluruh dengan aktiviti bersenam tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

Justeru, apabila berdepan pilihan antara lif dan tangga, pilihlah tangga kerana ia menggambarkan penghargaan kepada tubuh badan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram