
PERUBAHAN zaman memperlihatkan pertukaran generasi daripada pelbagai aspek misalnya pendidikan, kelakuan, cara membesarkan anak-anak dan sebagai.
Perkara tersebut pastinya menjadi cabaran kepada ibu bapa zaman sekarang dan amat penting untuk mereka memahami cara untuk ‘tackle’ anak-anak supaya mereka tidak memberontak atau melakukan perkara tidak diingini.
Menerusi sebuah perkongsian daripada pempengaruh Facebook dikenali sebagai Muhammad Kamil Han, beliau menekankan bahawa jangan sesekali menghukum anak secara terus.
BACA LAGI: [VIDEO] Jubin bunga lambang status pemilik, tangga batu jadi identiti rumah tradisional Melaka
BACA LAGI: Mahu rasai keunikan beraya di Taiwan? Berikut tempat menarik yang perlu dilawati
Anak belajar daripada gelombang emosi, cara kita bercakap dan cara kita melayan pasangan.
Sebaliknya bersabar dan cari jalan penyelesaian untuk membentuk anak menjadi yang lebih baik.
“Kalau nak awak degil, kasar, kurang hormat, sudah dengar cakap, jangan cepat salahkan dunia luar. Jangan terus tunding jadi pada kawan-kawan, guru sekolah atau media sosial, jangan terus hukum anak dengan rotan dan herdik,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sebaliknya, Kamil menerangkan bahawa anak-anak adalah cerminan kepada ibu bapa. Bahkan menjelaskan jiwa seorang anak yang perlu difahami.
“Ini kerana hakikatnya, anak itu adalah cerminan dalaman diri kita sendiri, anak tidak membesar dalam ruang kosong.
"Anak belajar daripada gelombang emosi, cara kita bercakap, cara kita melayan pasangan, dan getaran yang dipancarkan tanpa sedar setiap hari," jelasnya.
“Kalau hati kita penuh tekanan, kalau suara kita selalu meninggi, kalau kita cepat marah, suka menghukum dan tak mampu kendalikan emosi sendiri, maka anak akan menyerap semua itu,” ujarnya.
Selain itu, Kamil menjelaskan didikan bukan semata-mata melalui kata-kata akan tetapi melalui tenaga dan sikap.
“Jika awak rasa nak menolaknya, rasa nak bangkang, rasa nak lawan, itu tanda awak bertuhankan ego. Sedang hati yang jujur dan tunduk pada Tuhan, akan terus mencari jalan memperbaiki diri bukan mencari alasan menyelamatkan imej,” jelasnya.
Beliau menekankan, ibu bapa perlu diperbetulkan diri terlebih dahulu kerana anak-anak tidak memerlukan ibu bapa yang sempurna.
“Mereka perlukan ibu ayah yang sedang berjuang memperbaiki diri, yang mampu mengaku salah, dan berani berubah dari dalam. Kerana bila awak mula rawat hati, anak pun akan ikut sembuh sebab mereka sedang hidup dalam pantulan jiwa awak,” nasihatnya.
Tangkap layar komen daripada Facebook Kamil.
Perkongsian dimuat naik oleh Kamil itu mendapat pelbagai pandangan daripada pengguna Facebook. Kebanyakan mereka setuju perkara dilontarkan.
“Betul, tahun pertama menjadi ibu dah perasan bila saya mood tak baik anak pun sama ikut tak tentu arah.
“Kalau saya tenang dia pun tenang pandai main sendiri, kalau masa gaduh dengan bapa dia lagilah, masa itulah dia nak jatuh tergolek sampai luka-luka, tiba-tiba demam, sungguh indah pengalaman ini.
“Apa yang saya belajar jadilah seorang ibu yang tenang dan sabar. Memang wajib perlu diwujudkan tenaga sakinah mawaddah dalam keluarga. Jangan gaduh, marah, tinggi suara dan menengking selalu, baru rezeki senang masuk,” luah seorang pengikut.
“Doakan semoga saya terus istiqomah dalam memperbaiki diri dan sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk anak-anak demi tanggungjwab dan amanah dari ALLAH buat saya” komen seorang lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram