Berkerjaya, berdikari, tapi masih bergantung pada pasangan, ini antara ciri-ciri Cinderella Complex


  • Relaks
  • Ahad, 13 Apr 2025

Cinderella Complex adalah ketakutan tersembunyi dalam diri wanita terhadap kebebasan dan keinginan untuk sentiasa dilindungi, terutamanya oleh golongan lelaki. — Gambar hiasan/Freepik

SEBAHAGIAN besar daripada membesar dengan kisah dongeng Cinderella, gadis cantik diselamatkan oleh putera tampan keluar meninggalkan kehidupan yang sentiasa didera ibu dan kakak tiri.

Namun, di sebalik kisah dongeng tersebut ironinya tersembunyi satu corak psikologi dikenali sebagai Cinderella Complex.

Istilah Cinderella Complex diperkenalkan oleh penulis dan ahli terapi dari Amerika Syarikat (AS), Colette Dowling pada 1981.

BACA LAGI: Semarakkan Aidilfitri demi adik, Noor Farleny tak boleh lupa baju raya putih permintaan terakhir ibu

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan kahwin kerana cinta, tetapi kerana ALLAH,' Neelofa dan Nora Danish beri tip buat geng single

Ia merujuk kepada ketakutan tersembunyi wanita terhadap kebebasan dan keinginan untuk sentiasa dilindungi, terutamanya oleh golongan lelaki.

Walaupun seorang wanita itu berpendidikan dan berjaya, namun ramai masih berasa tidak yakin untuk berdikari.

Sebaliknya, cenderung mengharapkan pasangan untuk memberikan kestabilan emosi dan kewangan.

Sindrom itu berpunca daripada didikan zaman kanak-kanak, norma budaya dan pengaruh peranan gender tradisional seperti kisah dongeng yang mengajar wanita menjadi lemah lembut dan bergantung, manakala lelaki pula digalakkan menjadi berani dan berdikari.

Tanda-tanda Cinderella Complex:

1. Takut untuk hidup atau buat keputusan sendiri.

2. Sering memerlukan pengesahan daripada pasangan.

3. Mengelak jadi pemimpin atau membuat keputusan penting.

4. Berfantasi untuk 'diselamatkan' oleh orang lain.

5. Rasa bersalah apabila mengejar impian sendiri atau menjadi terlalu berdikari.

6. Percaya hidup akan bermula selepas berkahwin.

Cinderella memaparkan kisah seorang gadis yang hidup dalam penderitaan, namun nasib berubah setelah bertemu putera raja. — Media sosial

Kenapa ia masih wujud?

Walaupun ramai wanita kini berjaya dalam pelbagai bidang, sindrom ini masih wujud terutama dalam masyarakat yang masih menekankan peranan wanita sebagai isteri dan ibu yang sempurna.

Kadangkala wanita hebat juga berasa bersalah kerana terlalu mengejar kejayaan atau berdikari.

Cara mengatasi Cinderella Complex:

1. Sedar dan kenal pasti corak pemikiran ini.

2. Dapatkan sokongan terapi atau luahkan melalui penulisan.

3. Belajar pengurusan kewangan untuk berdikari.

4. Kelilingi diri dengan wanita positif dan berdikari.

5. Fahami bahawa hubungan sihat tidak bergantung pada 'pelindung', tetapi pada kesetaraan dan saling hormat.

6. Bantuan profesional boleh membantu membina keyakinan dan matlamat hidup yang lebih berdaya.

Cinderella Complex bukan tanda kelemahan, tetapi hasil daripada pemikiran dan budaya yang diwarisi sejak kecil.

Ketahuilah bahawa wanita sebenar tidak perlu diselamatkan, mereka boleh jadi penyelamat dalam hidup mereka sendiri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram