[VIDEO] Faizal Hussein 'meletop' di Indonesia, wajah 'bad boy' waktu muda disamakan dengan Jefri Nichol


  • Relaks
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Pelakon, Faizal Hussein kini popular di Indonesia selepas memainkan watak sebagai Walid dalam drama Bidaah.

NAMA pelakon legenda tanah air, Faizal Hussein kembali menjadi bualan hangat bukan sahaja di Malaysia, malah turut mencuri perhatian peminat dari negara jiran, Indonesia.

Pelakon yang mula mencipta nama sejak 1972 itu sebelum ini cukup terkenal menerusi filem ikonik Gila-Gila Remaja (1986) yang melonjakkan popularitinya sehingga ke puncak. 

Sepanjang lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia seni, Faizal telah membintangi lebih 60 buah filem dan ratusan drama televisyen.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

Namun, kemunculan terbarunya dalam drama web bertajuk Bidaah telah membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya. 

Drama bersiri yang diterbitkan oleh Rumah Karya Cinta itu mengandungi 15 episod dan memaparkan kisah berani tentang penyalahgunaan agama demi kepentingan peribadi yang membuka mata ramai orang.

Dalam drama tersebut, Faizal memegang watak utama sebagai Walid, seorang lelaki berimej alim tetapi menyimpan niat tersembunyi untuk memperdaya wanita atas nama agama. 

Wataknya yang penuh karisma itu ternyata menambat hati ramai penonton khususnya wanita dari Indonesia.

Keterujaan penonton terhadap watak Walid bukan sahaja kerana lakonan mantap Faizal, tetapi juga auranya yang dianggap memikat meskipun usia kini mencecah lebih 50 tahun. 

Tidak hanya itu, wajah Faizal sewaktu muda kembali tular di media sosial dengan potongan rambut 'wolf cut' mencuri perhatian ramai. 

Wajah Faizal Hussein sewaktu muda membuat ramai golongan wanita terpikat.

Ada juga peminat yang membandingkan rupanya sewaktu muda seolah-olah memiliki 'vibe' yang sama dengan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.

"Kadang spek Jefri Nichol, kadang spek Jin Sarimi (merujuk kepada watak Walid)," tulis seorang pengguna Instagram, Lisprwnti. 

Tidak hanya itu, ramai perempuan terutama dari Indonesia aktif membahas tentang Faizal Hussein di laman TikTok dan Instagram.

"Walid, aku nak jadi isteri batin Walid boleh?" tulis wanita Indonesia, Sryfyna.

"Aku nak Walid boleh?" kata perempuan lain, Stynrhh.  

"Meresahkan seluruh dunia ini orang," tulis warga maya, Armmliaa.  

"Ini idaman aku, kawanku juga mahu berkenalan dengan Walid," kata gadis dari Indoneisa, Ylndaptr14. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram