Berbiras dengan Neelofa, Aisyah kini bergelar isteri kepada Dr. Mohd Fakhrudin Amir


  • Hiburan
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Aisyah kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.

PENYANYI terkenal kelahiran Singapura, Aisyah Aziz kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup pada Jumaat.

Difahamkan, lelaki yang berjaya memikat hatinya itu merupakan merupakan abang kepada Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz. 

Majlis penuh bermakna itu diadakan di Singapura dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak. 

Suasana majlis dilaporkan berlangsung dalam keadaan sederhana, namun cukup indah dan penuh bermakna buat pasangan mempelai.

BACA LAGI: 'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah cahaya matahari

BACA LAGI: Perhatian Syed! mahu jaga nasab, wanita buntu cari calon suami keturunan sama

Berita gembira itu dikongsikan oleh Mediacorp Warna 942 melalui satu hantaran di laman Facebook mereka, sekali gus mengesahkan spekulasi berlegar mengenai hubungan istimewa Aisyah sebelum ini.

Pasangan pengantin turut menarik perhatian ramai apabila foto mereka mengenakan busana sedondon serba putih yang tular di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan warganet memberikan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

"Abang kepada PU Riz? PU Riz itu suami pelakon Neelofa kan, berbiras lah ya," tulis Kemboja910.

"Semoga kekal hingga syurga," tulis Mawar.

Terdahulu, Aisyah, yang juga merupakan adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz pernah memberi bayangan bahawa dirinya sedang mengenali seseorang istimewa dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. 

Namun begitu, beliau memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai hal peribadinya.

Aisyah dalam kenyataannya sebelum ini juga sempat memohon doa yang baik-baik daripada peminat dan menyerahkan segala urusan jodoh kepada ketentuan Ilahi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram