
HARI Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan beberapa selebriti tampil bergaya dan ceria bersama keluarga.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang baru saja menimang cahaya mata sulung.
Kehadiran permata hati comel itu ibarat hadiah menceriakan lagi suasana lebaran. Masakan tidak, tahun lalu raya berdua, kali ini bertiga, penampilan pun sedondon.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Doakan semoga rohnya tenang, dicucuri rahmat,' suami Kiah Propa meninggal dunia
Majoriti kongsi empat selebriti meraikan Syawal dengan putera dan puteri sulung masing-masing.
Syasya Rezal
Syasya berkongsi foto bersama suami dan anak pertamanya, Muhammad Yassir Hayyan. — Instagram selebriti
Lengkap dengan tema warna merah hati, penyanyi Syasya Rezal berkongsi foto bersama suami dan anak pertamanya Muhammad yassir Hayyan.
Bekas ahli kumpulan Dolla yang melahirkan anak pada Disember tahun lepas itu memuat naik hantaran gambar dengan titipan penuh rasa syukur.
“Our first raya together Alhamdulillah,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Intan Najuwa
Intan Najuwa (kiri) sedondon busana biru bersama suami dan puteri mereka, Imane Laura. — Instagram selebriti
Pelakon, Datin Intan Najuwa turut berkongsi gambar keluarga bersama puterinya, Imane Laura berbaju warna biru sedondon dengan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
Intan yang mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023 selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 15 Disember 2024.
Nabila Razali
Nabila dan suami belum mendedahkan wajah anak sulung mereka untuk tatapan umum. — Instagram selebriti
“Dalam menyambut musim penuh keinsafan dan kesyukuran ini, kami titipkan setulus doa dan harapan Aidilfitri dirai dengan penuh ketenangan dan kegembiraan.
“Semoga Syawal ini mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat dalam diri, dan menerangi kediaman dengan kasih sayang, dan cahaya kebahagiaan.”
Antara bait-bait ucapan raya daripada Nabila dan suami bersama anak sulung mereka wajahnya belum didedahkan untuk tatapan umum.
Kegembiraan Aidilfitri tahun ini berganda buat Nabila selepas menimang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Tyra Kamaruzzaman
Tyra dan suami, Emran bersama puteri sulung mereka bernama Tyara Emran. — Instagram selebriti
“Sehari lewat tapi Selamat Hari Raya daripada saya sekeluarga kepada awak semua,” ucapnya yang memuat naik gambar keluarga kecilnya pada 2 Syawal.
Tyra yang mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen Emran Rijal, melahirkan puteri sulung mereka bernama Tyara Emran pada 19 Januari 2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram