'Bride-to-be' tak sempat manjakan diri, persiap mental? Rawatan lulur di spa antara 'checklist' sebulan sebelum hari bahagia


  • Sihat
  • Rabu, 09 Apr 2025

Penting untuk bakal pengantin perempuan mengambil tahu soal persediaan awal untuk menuju hari bahagia.— Gambar hiasan/Freepik

MENJELANG hari pernikahan, ramai bakal pengantin wanita atau bride-to-be mula menyusun langkah demi memastikan mereka tampil berseri dan bersedia dari segi fizikal serta emosi.

Antara langkah awal yang anda boleh lakukan sebulan sebelum tiba hari bermakna adalah dengan menjaga rutin penjagaan kulit wajah serta tubuh.

Penggunaan skrub lembut untuk muka dan badan, pemakaian sheet mask setiap dua malam, serta clay mask seminggu sekali mampu membantu memberikan kesegaran pada kulit.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Wanita belajar kung fu nampak bergaya', Duan Ruru habiskan masa sedekad kuasai seni bela diri Emei

BACA LAGI: '9 tahun bersabar, nafkah semua beri,' peguam syarie saran 4 langkah hadap isteri degil

Berkunjung ke spa menjadi pilihan bijak jika anda mempunyai kekangan masa untuk melakukan sendiri rutin penjagaan kulit. — Gambar hiasan/Freepik

Bagi yang ingin mencuba teknik mudah di rumah, penggunaan pek ais yang dibekukan dalam bentuk topeng muka boleh membantu mengurangkan bengkak dan menyegarkan wajah.

Pun begitu, jika anda mempunyai kekangan masa atau kurang mahir dengan rutin penjagaan kulit di rumah, memanfaatkan spa adalah pilihan bijak. 

Rawatan profesional seperti lulur wajah dan badan serta urutan boleh membantu tubuh dan minda menjadi lebih relaks, selain menjimatkan masa dan memberi kesan yang lebih menyeluruh.

Selain kecantikan luaran, bakal pengantin juga perlu memastikan kecantikan dalaman tidak terabai melalui pengambilan suplemen seperti vitamin C dan Lecithin.

Menurut Halodoc, lecithin tidak hanya berfungsi untuk kesihatan kulit yang memberi kelembapan dan tampak halus, malah turut menyumbang kepada kesihatan badan.

Ia membantu menurunkan kadar kolestrol, mengurangkan risiko gejala demensia dan mencegah penyumbatan pada saluran susu.

Bagi yang merancang kehamilan selepas berkahwin, adalah baik untuk mengambil asid folik berikutan ia boleh meningkatkan kesuburan.

Memetik sumber hello doktor, asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang termasuk perkembangan janin.

Bukan itu sahaja, bakal pengantin juga perlu perbanyakkan meminum air buah-buahan dan air kosong termasuk mengurangkan makanan gula dan berminyak.

Jika mahu menurunkan berat badan, ubah gaya pemakanan secara sihat dan elakkan diet drastik yang boleh menjejaskan tenaga.

Pastikan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Badan yang cukup rehat membantu penghasilan kulit yang lebih sihat serta 'mood' yang lebih stabil.

Paling penting, kendalikan emosi dengan baik. Elakkan terlalu banyak berfikir, kurangkan tekanan dan cuba bertenang dalam apa jua situasi.

Jangan lupa untuk menikmati setiap detik dalam proses ini kerana ia hanya datang sekali dalam seumur hidup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram