[VIDEO] Rasai pengalaman perang '7 dimensi' di Mudtrekker Paintball Park Shah Alam


  • Hobi
  • Ahad, 06 Apr 2025

Permainan paintball menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

JIKA anda seorang pencinta sukan lasak yang mencari cabaran sebenar, Mudtrekker Paintball Park di Shah Alam, Selangor adalah lokasi yang tepat.

Terletak di Seksyen U9, taman permainan paintball itu menawarkan pengalaman yang jauh berbeza dari yang biasa.

Dengan tembok konkrit sebagai perlindungan dan perlindungan muka bersama sut perisai, setiap peserta akan merasai sendiri keseronokan dan debaran bermain paintball di situ.

BACA LAGI: [VIDEO] Patut ada dalam 'wishlist' pencinta alam, ketahui 7 lokasi wajib dikunjungi di Sumatera Utara

BACA LAGI: Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

Mudtrekker Paintball Park boleh memuatkan 600 peserta pada satu-satu masa.

Mudtrekker Paintball Park boleh memuatkan 600 peserta pada satu-satu masa.

Yang menjadikan Mudtrekker Paintball Park di situ begitu istimewa adalah pengiktirafan yang diterima pada Julai lepas sebagai taman permainan bola cat terbesar di Malaysia, dengan keluasan 34,377 meter persegi.

Tidak hanya luas, taman itu juga dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang menambah keseronokan bermain dalam persekitaran yang penuh cabaran.

Penyelia Mudtrekker, Amirul Zikry Shahril Azmin berkata, taman itu mempunyai tujuh padang permainan yang boleh menampung hingga 600 peserta dalam satu masa.

Setiap padang permainan menawarkan pengalaman unik yang berbeza.

Sebagai contoh, padang Speedball dilengkapi dengan tembok bunker yang boleh diubah suai, memberikan fleksibiliti kepada pemain untuk menyesuaikan medan perang mengikut kehendak mereka.

Camelot Castle pula menguji pemain dengan titik buta yang memerlukan strategi tepat untuk menewaskan lawan.

Cowboy Town antara salah satu daripada tujuh gelanggang yang terdapat di Mudtrekker Paintball Park

Cowboy Town antara salah satu daripada tujuh gelanggang yang terdapat di Mudtrekker Paintball Park.

Cowboy Town pula menghidangkan suasana ala pekan koboi, sementara padang seperti Angker Hill dan Famosa Port yang terletak di kawasan hutan benar-benar mencabar ketahanan fizikal dan mental.

Di Mudtrekker, keselamatan adalah perkara utama yang dititikberatkan buat pengunjung.

Sebelum permainan bermula, setiap peserta diberi taklimat terperinci mengenai teknik dan etika permainan yang betul.

Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada pasukan dan bersedia untuk bertempur.

Semua padang permainan dilengkapi dengan tembok berjaring untuk mengelakkan peluru terkena orang luar.

Selain itu, setiap peserta dilindungi insurans dan sekiranya berlaku sebarang kecederaan, rawatan perubatan akan diberikan dengan segera.

Bagi mereka yang sudah biasa bermain di Mudtrekker, tempat itu bukan sekadar medan permainan tetapi sebuah pengalaman yang menguji daya ketahanan dan kecekapan berpasukan.

Ikmal Ismail, 36, yang sering berkunjung ke taman itu beranggapan Mudtrekker menawarkan sesuatu yang lain.

"Suasana hutan dan padang yang luas menjadikan permainan itu lebih realistik dan mendebarkan. Setiap perlawanan menguji bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi juga kebijaksanaan dalam merancang strategi," katanya.

2867839

Terdapat tujuh padang permainan di Mudtrekker Paintball Park.

Ibarat bertempur di medan perang sebenar, peminat sukan estrem patut rasai cabaran tujuh perbezaan padang di Mudtrekker Paintball Park Shah Alam.

Mungkin ia kelihatan mudah, Ikmal menegaskan bahawa ia lebih daripada sekadar menembak.

“Permainan ini melibatkan lebih daripada itu. Kita perlu bekerja dengan pasukan, merancang langkah seterusnya, dan bertindak cepat. Semua itu menjadikan permainan ini begitu mencabar dan penuh keseronokan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram