[VIDEO] 5 tempat makan best di Kedah, siakap RM20, bubur nasi Moi Londoy antara sajian buruan pelanggan


  • Relaks
  • Sabtu, 01 Feb 2025

Banyak hidangan lazat pada harga berpatutan harus dicuba ketika berkunjung ke Kedah.

KEDAH bukan sahaja terkenal dengan keindahan sawah padi yang memukau, bahkan turut menawarkan kepelbagaian hidangan lazat menggamit selera.

Bermula dari hidangan tradisional Melayu, makanan Korea autentik sehingga masakan Thai asli.

Berikut merupakan lima lokasi makanan terbaik ideal dikunjungi di negeri Jelapang Padi itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Cemburu kekasih bawa lelaki lain balik rumah jadi punca guru silat sumbat mayat wanita dalam bagasi merah

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur

1. Rumah Santai, Taman Mergong Jaya, Alor Setar

Jika mengidamkan hidangan autentik kampung, Rumah Santai di Taman Mergong Jaya adalah destinasi wajib dikunjungi.

Menu paling popular ialah hidangan sambal udang enak dinikmati bersama nasi panas.

Selain itu, menu gulai ikan juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang seimbang dan memikat cita rasa.

Tidak ketinggalan, turut menyajikan rendang ayam dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti peria tumis santan.

Bagi pelanggan yang ingin singgah, Rumah Santai dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.

6116198193495654877

Setiap hidangan di Korea Tepi Jalan by Mat-Jeom, Sungai Petani dimasak menggunakan sos khas Korea menjadikan rasanya lebih autentik.

2. Korea Tepi Jalan by Mat-Jeom, Sungai Petani

Bagi penggemar makanan Korea, gerai Korea Tepi Jalan by Mat-Jeom terletak di Sungai Petani menawarkan hidangan lazat dengan cita rasa asli.

Walaupun beroperasi di tepi jalan, tempat berkenaan mendapat sambutan ramai sehingga kebanyakan masa perlu beratur panjang.

Antara menu wajib cuba ialah gimmari, gochu, mandu, so-tteok so-tteok dan tteok-bokki.

Setiap hidangan dimasak menggunakan bahan berkualiti dan sos khas Korea menjadikan rasanya lebih autentik.

Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula pukul 4.30 petang hingga pukul 10:30 malam.

3. Tomyam Hatyai, D Sungai Petani 22, Lorong Serampang 2/4

Bagi penggemar masakan Thai, Tomyam Hatyai di Sungai Petani adalah tempat terbaik untuk menikmati hidangan asli dari negara jiran itu.

Pemilik kedai itu sendiri berasal dari Thailand yang menjadikan setiap hidangan disajikan lebih autentik.

Antara hidangan signatur ialah siakap tiga rasa, kerabu maggi, pulut mangga dan minuman segar seperti mangga blended dan air soda.

Setiap hidangan berasaskan dengan rempah dan perapan asli dari Thailand yang menjadikannya pilihan utama bagi peminat makanan Thai di negeri berkenaan.

6116198193495654879

Bubur nasi lembut atau Moi Londoy yang dengan tekstur rasa tersendiri rasa merupakan signatur utama di Restoran Impian Londoy.

4. Restoran Impian Londoy

Restoran Impian Londoy di Jalan Shahab 7, Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah sentiasa menjadi pilihan mereka yang ingin menjamu selera hidangan Moi Londoy, iaitu bubur nasi lembut dan kaya rasa.

Restoran 'lejen' itu sebelum ini beroperasi di Taman Rimba sejak 2002 sebelum berpindah dan beroperasi di Shahab Perdana.

Selain bubur, lontong, nasi lemak dan roti bakar telur goyang juga antara menjadi pilihan ramai ditawarkan pada harga berpatutan dan dalam suasana santai.

Restoran berkenaan dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang.

WhatsApp Image 2025-01-31 at 3.37.33 PM

Siakap dijual pada harga RM20 antara menu paling laris di Restoran Daun Kunyit.

5. Restoran Daun Kunyit, Kulim

Bagi pencinta makanan laut dan hidangan bakar, Restoran Daun Kunyit di Kulim boleh dikatakan syurga makanan.

Restoran itu beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Hidangan paling digemari ialah sotong bakar yang dianggap antara paling 'win' di daerah berkenaan.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan ikan bakar dan makanan laut segar dimasak menggunakan rempah khas menjadikan rasanya lebih istimewa.

Setiap satu hidangan menawarkan keenakan tersendiri yang pasti memuaskan selera pelanggan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram