'Tahun lepas datang dengan kepedihan, kali ini nangis syukur', Bella Astillah berlapang dada terima ketentuan


  • Relaks
  • Selasa, 25 Mac 2025

Bella akui menangis di depan Kaabah disebabkan rasa syukur kepada ALLAH SWT. — Instagram/bellaastillah

SETELAH tahun lalu datang dengan hati penuh kesedihan, perasaan syukur yang mendalam menyelubungi diri pelakon dan penyanyi, Bella Astillah usai menunaikan umrah baru-baru ini.

"Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu kepada-NYA.

"Kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi sebab rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir datang," ungkapnya menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Gelagat anak Bella lawat Parlimen bersama Syed Saddiq curi perhatian, Ayden suara hasrat ingin bantu rakyat Gaza

BACA LAGI: Hadir beri sokongan di mahkamah, Syed Saddiq anggap Bella wanita luar biasa

Bella (kiri) menunaikan ibadan umrah bersama Didi. — Instagram/bellaastillah

Beliau menunaikan ibadah umrah bersama adiknya, Didi Astillah turut menitipkan doa buat semua terutama yang mengenali dirinya.

Kebelakangan ini akuinya, beliau menerima begitu banyak sokongan dan kasih sayang yang sama sekali tidak terbayang olehnya.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga menasihatkan pengikut di media sosial agar belajar menerima apa jua ketentuan dengan hati yang lapang.

"Ini yang kita panggil berdamai dengan takdir. Sama ada nak terima ataupun tolak, semuanya akan tetap berlaku tapi ia juga pasti berlalu.

"Ingat bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan dan perasaan kita, sama ada suka, tak suka atau bahagia.

"Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses healing kita, tapi disitulah letaknya kekuatan," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram