Laju balas mesej tanda prihatin, lambat dianggap main 'tarik tali' — Kajian


  • Sihat
  • Ahad, 23 Mac 2025

Individu yang membalas mesej segara menunjukkan seseorang itu berminat, mengambil berat dan memberi keutamaan kepada perbualan. — Freepik/Hiasan

INDIVIDU yang membalas mesej dalam kadar segera sering dianggap lebih mengambil berat dan mudah didekati secara emosi, manakala mereka yang lambat membalas pula dilihat tidak tersedia secara emosi.

Memetik hantaran di Instagram facesottawa , satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Princeton mendapati bahawa kelajuan seseorang membalas mesej boleh mempengaruhi tanggapan orang lain terhadapnya.

Kajian ini mendapati bahawa individu yang memberikan respon segera terhadap mesej lebih cenderung dinilai sebagai seseorang  mempunyai empati, penyayang dan aktif dalam hubungan sosial.

BACA LAGI: Kanak-kanak membesar dalam keluarga 'dysfunctional' berisiko alami strok ketika dewasa

BACA LAGI: Wanita ambil sekurang-kurangnya 50 gambar sebelum pilih yang terbaik untuk dimuat naik ke media sosial

Young Asia woman use smartphone take barcode picture on parcel product for shipping delivery to customer in home office at night. Small business , online market delivery, lifestyle freelance concept.

Kelajuan membalas mesej memberi gambaran langsung tentang tahap ketersediaan emosi seseorang. —  Gambar hiasan/Freepik

Sebaliknya, mereka mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari untuk membalas mesej sering dianggap kurang berminat, lebih jauh secara emosi, malah dalam sesetengah kes, mereka tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kajian turut mendedahkan bahawa mereka sengaja melambatkan balasan sama ada untuk menguji seseorang atau menimbulkan rasa ingin tahu sering dianggap individu bermain tarik tali dalam perhubungan, sekali gus mencetuskan rasa tidak selesa atau ketidakpastian dalam komunikasi.

Kenapa ini berlaku?

Para penyelidik percaya bahawa kelajuan membalas mesej memberi gambaran langsung tentang tahap ketersediaan emosi seseorang.

Membalas mesej dengan cepat menunjukkan seseorang itu berminat, mengambil berat dan memberi keutamaan kepada perbualan.

Sebaliknya, jawapan yang lambat, terutamanya tanpa sebarang penjelasan, boleh menyebabkan seseorang berasa diabaikan atau kurang penting.

Namun, kajian ini turut menekankan bahawa lambat membalas mesej tidak semestinya bermakna seseorang itu tidak tersedia secara emosi.

Terdapat banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi kelajuan seseorang dalam membalas mesej, seperti kesibukan kerja, sifat introvert atau sekadar mahu mengurangkan masa menggunakan telefon.

Dalam era digital yang serba pantas ini, kelajuan membalas mesej boleh menjadi petunjuk penting dalam komunikasi sosial.

Namun, penting untuk memahami bahawa tidak semua individu yang lambat membalas mesej bermaksud mereka tidak mengambil berat.

Faktor-faktor lain seperti kesibukan dan keutamaan peribadi juga perlu diambil kira sebelum membuat kesimpulan tentang seseorang berdasarkan kelajuan mereka membalas mesej. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram