Kanak-kanak membesar dalam keluarga 'dysfunctional' berisiko alami strok ketika dewasa


  • Sihat
  • Khamis, 20 Mac 2025

Kajian membuktikan, pengalaman buruk pada zaman kanak-kanak dan faktor sosial boleh mempengaruhi kesihatan. — Gambar hiasan/Freepik

BANYAK kajian kesihatan dan psikologi dijalankan untuk mengkaji kesan penceraian terhadap kanak-kanak, termasuk bagaimana kesannya boleh mempengaruhi pembesaran hingga bertahun-tahun kemudian.

Namun, kanak-kanak yang ibu bapanya bercerai juga boleh mengalami kesan terhadap kesihatan fizikal mereka, bukan hanya semasa kecil, tetapi juga ketika sudah tua.

Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendapati bahawa warga emas yang ibu bapa mereka bercerai sejak kecil mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami strok berbanding mereka yang orang tuanya kekal bersama.

BACA LAGI: Wanita ambil sekurang-kurangnya 50 gambar sebelum pilih yang terbaik untuk dimuat naik ke media sosial

BACA LAGI: Obesiti bukan hanya berat badan, risiko buah pinggang rosak, anak muda ramai obes sebab pemakanan

Seorang wanita berbaring di dalam Imbasan tomografi berkomputer (CT) dalam kenderaan kecemasan sambil dipantau oleh doktor kecemasan. — Agensi

"Walaupun telah mengambil kira faktor risiko biasa bagi strok seperti merokok, kurang bersenam, obesiti, diabetes, kemurungan, pendapatan dan tahap pendidikan, orang dewasa yang mana ibu bapanya bercerai semasa mereka masih kecil mempunyai kemungkinan lebih tinggi mengalami strok berbanding mereka yang ibu bapanya tidak bercerai," kata Dr. Philip Baiden dari Universiti Texas di Arlington.

Sebagai penyelidik yang sudah lama mengkaji pengalaman buruk pada zaman kanak-kanak dan faktor sosial yang mempengaruhi kesihatan, Dr. Philip percaya bahawa kajian ini memberikan maklumat tambahan tentang kesan jangka panjang trauma zaman kanak-kanak terhadap kesihatan otak ketika dewasa.

Beliau menjalankan kajian ini bersama penyelidik dari Universiti Tyndale dan Universiti Toronto, dengan menganalisis data melibatkan 13,000 individu berumur 65 tahun ke atas di AS. Kajian ini didedahkan dalam jurnal perubatan PLOS One.

Penemuan ini sekali lagi membuktikan betapa pentingnya kehidupan zaman kanak-kanak yang sihat demi kesejahteraan pada usia tua.

Sebelum ini, kajian lain mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak cukup tidur berisiko lebih tinggi menjadi penagih dadah apabila dewasa.

Selain itu, hubungan yang erat dengan ibu bapa juga membantu kanak-kanak mengatasi kesan negatif daripada media sosial.

Walaupun kajian ini tidak membincangkan struktur keluarga secara khusus, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Universiti Oxford baru-baru ini menerbitkan kajian dalam jurnal Nature Medicine, yang menjelaskan bahawa persekitaran dan gaya hidup, termasuk semasa kecil memainkan peranan lebih besar daripada faktor genetik dalam menentukan kesihatan dan risiko kematian awal.

"Pengalaman pada awal kehidupan sangat penting kerana faktor persekitaran boleh mempercepatkan proses penuaan sejak usia muda," kata Cornelia von Duijn dari Universiti Oxford.  —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram