Mimi Lana teruja jumpa Tun M di bazar Ramadan Desa Pandan, komen Syafiq Kyle cuit perhatian warga maya


Mimi Lana teruja berbual dengan Tun Dr. Mahathir di bazar Ramadan, Desa Pandan, Kuala Lumpur. — Instagram/@missmimilana

PELAKON, Mimi Lana, mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran gambar di akaun Instagramnya, meluahkan keterujaan bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bazar Ramadan Desa Pandan, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Dalam perkongsian yang dimuat naik pada Khamis itu, pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin Nordin, 30, berkongsi detik manis berbual dengan Dr. Mahathir.

Pada masa sama, turut menulis bahawa beliau membeli dan membaca buku hasil penulisan figura tersebut sehingga ke penghujung.

BACA LAGI: Berpendidikan profesional, tiada istilah rugi buat Hawa Rizwana masuk industri hiburan

BACA LAGI: Purata individu sentuh muka 800 kali sehari, penyelidik kongsi puncanya

"Detik yang tidak akan pernah saya lupakan bersama Tun Dr. Mahathir di Bazar Ramadan Desa Pandan.

"Saya beritahu beliau, saya membeli dan membaca buku beliau sehingga habis dan reaksinya sangat berharga.

"Semoga ALLAH mengurniakan beliau kesihatan yang baik, kebijaksanaan berterusan dan hati penuh ketenangan. Semoga beliau sentiasa dikelilingi oleh kasih sayang dan kebaikan. Amin," tulis Mimi.

Menjengah ke ruang komen, satu komen menerima lebih 1,000 tanda suka daripada warga maya ialah suami Mimi yang juga pelakon, Syafiq Kyle. Beliau turut teruja dengan detik tersebut.

"Saya ambil gambar ini," ujar Syafiq ringkas, namun menghiburkan para pengikut.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu. — Instagram/@syafiqkylez

Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan peminat dan warga maya yang turut mendoakan kesejahteraan Dr. Mahathir.

Tidak kurang juga meluahkan rasa cemburu dengan pertemuan singkat itu.

"Moga Tun panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik selalu," kata Aina Abdullah.

"Semoga ALLAH mengurniakan keberkatan umur dan kesihatan yang baik buat Tun dan isteri sepanjang hayat. Hanya legenda yang akan sentiasa menghormati Tun dengan penghormatan tertinggi! Sayang Tun!," zahir Rafidah Jamlee.

"Ikonik! Tidak semua dapat merasa detik yang begitu indah seperti ini," ujar Shaqir Wazizi.

"Hari-hari pergi Bazar Ramadan Desa Pandan, hari ini saya tidak pergi, Mimi Lana dengan Tun M pula pergi," luah Masrina Saad.

Untuk rekod, Mimi yang terkenal dalam lmenerusi filem The Experts (2024) mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 33, pada 15 Februari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara tertutup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram