Ambil masa 6,000 jam hasil koleksi raya, titik pertemuan Hanya X Ezzati Amira cipta 'vibes' ceria dan lebih garang


  • Relaks
  • Khamis, 20 Feb 2025

Koleksi Hanya X Ezzati Amira membawa elemen moden dan lebih versatil. — Instagram/@shophanya

HANYA, jenama fesyen terkenal dengan gaya feminin dan moden, kini melancarkan koleksi raya kolaboratif bersama pereka fesyen tempatan, Ezzati Amira.

Kerjasama itu merupakan detik besar bagi kedua-dua jenama, menyatukan estetik Hanya yang lebih ceria dan segar dengan reka bentuk Ezzati Amira yang lebih 'garang'.

Dalam temu bual eksklusif bersama Majoriti, Pengasas Hanya, Jaja Anuar dan Veen Dee Tan berkongsi cerita tentang bagaimana kolaborasi ini tercipta.

BACA LAGI: Kongsi foto cincin di jari manis, Syafiq Kyle-Mimi Lana dikhabarkan bernikah tanpa pengetahuan peminat

BACA LAGI: Buat ‘eyelash lifting’ harus cuma jangan sampai tabaruj! Guna inai pun dianggap berlebih-lebihan

story translate (11)

(Dari kiri) Jaja, Veen Dee dan Ezzati. — Instagram/@jaja_a & @karoshie

Menurut mereka, idea untuk bekerjasama dengan Ezzati sudah muncul sejak 2021, bermula dengan impian Veen Dee.

"Ezzati Amira salah seorang pereka yang sangat saya kagumi. Saya sentiasa ingin bekerjasama dengannya kerana aura dimiliki membantu Hanya berkembang menjadi versi lebih matang," jelas Veen Dee.

Koleksi Hanya X Ezzati Amira membawa elemen moden, lebih sopan dan lebih polish berbanding koleksi Hanya sebelum ini menampilkan elemen muda.

“Sebelum ini koleksi Hanya lebih ceria dan santai, tetapi kali ini lebih terperinci dan matang,” kata Jaja.

Proses untuk menghasilkan koleksi tersebut memakan masa panjang kira-kira 6,000 jam.

Setelah mereka mendekati Ezzati pada Mei tahun lalu, reka bentuk pertama dibentangkan awal Jun, dan selepas itu proses sampel berlangsung selama tiga hingga empat bulan sebelum memasuki fasa pengeluaran.

Snapinst.app_476428074_18297266998213324_4036564261131205626_n_1080

Antara koleksi Hanya X Ezzati Amira yang menggabungkan dua fabrik berbeza iaitu kain berkilat dan sifon berat. — Instagram/@shophanya

Kekal signatur

Ezzati Amira yang terkenal dengan reka bentuk abstrak dan menonjol, membawa sentuhan uniknya ke dalam koleksi ini.

"Dia sangat berbakat dalam mencipta reka bentuk yang boleh dipadankan dengan pelbagai gaya. Dia pandai mencari jalan tengah sehingga memahami elemen estetik Hanya, tetapi tidak mengenepikan signatur rekaan beliau," tambah Veen Dee.

Selain itu, kolaboratif ini juga memberi peluang kepada Hanya bereksperimentasi dengan kombinasi fabrik yang mana ia adalah sesuatu yang baharu.

"Ezzati banyak mengajar kami dari segi teknikal, teknik memadankan jenis fabrik yang berbeza seperti kain berkilat dengan sifon berat. Sebelum ini kami tak berani dan menggunakan satu jenis fabrik sahaja," jelas Jaja.

Bagi pemilihan warna, Hanya memberi kebebasan penuh kepada Ezzati untuk memilih.

"Biasanya, kami akan memulakan dengan reka bentuk terlebih dahulu, tetapi untuk Ezzati, dia lebih fokus kepada fabrik dan warna, kemudian baru reka bentuk. Dia punya proses terbalik. Ini memberi perspektif yang berbeza dan sangat menarik," ujar Veen Dee.

Snapinst.app_477995763_18297938371213324_2371615916283998019_n_1080

Ezzati Amira yang terkenal dengan reka bentuk abstrak dan menonjol, membawa sentuhan uniknya ke dalam koleksi ini. — Instagram/@shophanya

Sementara itu, Ezzati Amira berkata, kerjasama terjalin ini adalah pengalaman baharu buatnya setelah empat tahun tidak melancarkan koleksi ready-to-wear.

“Hanya X Ezzati Amira sangat menarik kerana saya perlu berfikir tentang kesesuaian dan praktikal reka bentuk untuk pasaran yang lebih luas kerana Hanya mempunyai komuniti wanita yang sangat kuat. Jadi ia memberi saya panduan dalam mencipta koleksi ini,” kata Ezzati Amira.

Kolaborasi ity juga memberi cabaran tersendiri, terutama dalam mencari titik pertemuan antara gaya feminin Hanya dengan boldness yang menjadi ciri khas Ezzati.

"Bagi saya, mendapatkan keserasian untuk bekerjasama itu mencabar kerana Hanya lebih feminin manakala Ezzati Amira lebih berani. Tetapi saya berjaya menemui satu sisi feminin baharu dalam diri Ezzati yang sangat menarik.

"Sebagai pereka fesyen wanita, kami agak emosi. Tetapi sepanjang proses, kami banyak memahami," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram