
SEBAGAI wanita, pastinya tidak lari daripada dunia kecantikan. Dari kesihatan kulit muka sehingga kecantikan luaran ia merupakan elemen penting untuk dijaga.
Bagi pencinta kecantikan, produk mekap bukan sekadar alat untuk menambah seri wajah, tetapi menjadi sebahagian daripada langkah untuk mengekspresikan dan meningkatkan keyakinan diri.
Dari maskara yang memberi kesan dramatik pada mata hingga gincu menyerlahkan kecantikan bibir, pemilihan produk ideal perlu dititikberatkan dalam mencipta penampilan diingini.
Maka, tidak hairalan jika beg tangan kaum Hawa sering dipenuhi dengan produk kosmetik setiap kali melakukan aktiviti luar kerana ia dianggap satu keperluan.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Rose (kiri) dan Ain masing-masing mementingkan maskara dalam rutin solekan. — Instagram selebriti
Sehubungan itu, Majoriti menemu bual beberapa pencinta kecantikan yang segilintirnya mereka merupakan personaliti media sosial.
Bagi Nurul Nurizzati Mohd Raffi atau lebih dikenali sebagai Rose Nicotine, maskara, gincu dan bedak muka (compact powder) menjadi produk wajib untuk dibawa ke mana-mana.
"Tiga produk wajib bawa ialah lip matte, maskara dan bedak muka," kongsi pempengaruh yang popular dengan video miming dan lip sync itu.
Tambahnya, jenama menjadi kegemarannya ialah Pudaier, Rohina dan Sace Lady.
Selain itu, Ain Natasha juga memilih gincu sebagai salah satu produk wajib ada di dalam begnya. Berbeza dengan Rose, bedak tabur (loose powder) dan celak (eyeliner) menjadi keutamaan bagi Ain.
Dalam aspek jenama pula, Ain mengekalkan keseimbangan antara jenama high-end dan produk yang boleh didapati menerusi peruncit produk kesihatan dan kecantikan seperti Watsons.
"Saya bawa gincu, bedak tabur dan celak. Jenama kegemaran ialah Maybelline, Wardah, dan Yves Saint Laurent (YSL)," jelas Ain.
Sementara itu, Yasmin memberi tumpuan kepada produk asas yang praktikal dan memberi kesan segar.
"Saya selalunya akan bawa gincu, pemerah pipi dan bedak tabur. Kalau jenama kegemaran pula, Yasmin suka Glad2Glow, Carslan, dan Novo.
Manakala Najwa Syila, produk utama tidak boleh ditinggalkan adalah seperti maskara, gincu dan gloss.
"Saya suka pakai maskara sebab tak pandai pakai bulu mata," ujarnya sambil ketawa kecil.
"Kalau dari segi jenama pula, Najwa suka Barenbliss, Essence dan Sea Makeup," tambahnya.
Mejelyna (kiri) dan Yasmin berpendapat, penjagaan kulit lebih penting berbanding mekap. — Instagram selebriti
Sementara itu, Mejelyna mengutamakan produk yang ringkas namun penting. Baginya, beliau gemar memilih produk jenama mewah.
"Saya mesti bawa pelembab bibir, bedak dan maskara. Saya lebih gemar jenama Dior, Makeup Forever, dan Chanel," katanya.
Pempengaruh itu lebih cenderung untuk memilih no makeup look pada hari biasa.
"Saya lebih suka gaya natural, tetapi untuk acara tertentu, saya tampil lebih glamor," katanya.
Solekan atau penjagaan kulit?
Selain itu, di sebalik dunia solekan, satu aspek yang tidak boleh diabaikan ialah penjagaan kulit atau skincare yang menjadi asas utama kepada hasil solekan sempurna.
Ada berpendapat bahawa produk solekan berkualiti tinggi mampu memberikan kesan menakjubkan, manakala lain percaya bahawa kulit sihat dan terjaga adalah kunci kepada penampilan yang lebih natural dan tahan lama.
Rata-rata daripada mereka yang ditemui berpendapat bahawa kesihatan kulit menjadi kepentingan utama untuk mencapai hasil mekap yang cantik dan smooth.
"Mestilah kesihatan kulit sebab kalau kulit bagus, automatik mekap pun lebih cantik," kata Rose.
Menurut Rose, beliau lebih gemar berbelanja lebih pada produk penjagaan kulit kerana ia adalah elemen utama kecantikan sebenar.
Ain pula menegaskan bahawa penjagaan kulit lebih penting daripada mekap.
"Kalau kulit tak terjaga, mekap tetap akan nampak tekstur kulit yang tidak sempurna," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram