Kate Middleton pakai jaket sama selepas 17 tahun, 'sentimental value' zaman bercinta dengan Putera William


  • Relaks
  • Selasa, 04 Mac 2025

Kate dan Putera William selepas melawat Pasar Pontypridd di United Kingdom.

SERING dilihat memakai semula pakaian lamanya, Puteri Wales, Kate Middleton mengejutkan orang ramai apabila mengayakan semula jaket pertama kali dipakainya hampir dua dekad lalu ketika bercinta yang kini suaminya, pewaris takhta Britain, Putera William.

Penampilan itu dilihat tatkala pasangan diraja tersebut melawat South Wales untuk menyantuni penduduk yang terkesan akibat ribut besar melanda kawasan terbabit akhir tahun lalu.

Menurut majalah People, pada awalnya, Kate tampil memakai kot merah terang melambangkan bendera Wales yang juga merupakan satu tradisi sering diamalkannya.

BACA LAGI: Gemar bergambar depan kedai bunga ketika 'travel', Puteri Nurul Nadirah manifestasi minat sejak kecil

BACA LAGI: Tahun Baharu Cina: Kos meningkat 15 peratus, pemilik nurseri tidak naikkan harga pokok bunga

Putera William (kiri) dan Kate ketika membuat kek Welsh semasa lawatan ke Pasar Pontypridd pada 26 Februari lalu.

Beliau kemudiannya menukar kepada jaket tweed coklat yang pernah dipakainya pada 2007, iaitu detik-detik sebelum mengikat pertunangan bersama Putera William dan membina mahligai bersama di Westminster Abbey pada 2011.

Sebelum ini, Kate yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14 pada April ini memadankan jaket tersebut bersama skirt warna sedondon dan but coklat semasa menghadiri Festival Lumba Kuda Cheltenham pada 13 Mac 2007.

Minggu lalu, beliau kembali menggayakan jaket itu dengan baju sejuk berkolar tinggi coklat gelap, skirt midi berlipat dan but tinggi hampir sama dipakainya dahulu.

Pasangan diraja itu tiba di Cardiff dengan menaiki kereta api sebelum bergerak ke Pontypridd untuk lawatan menjelang sambutan Hari St. David pada 1 Mac, yang meraikan santo penaung Wales.

Mereka turut mengunjungi Pasar Pontypridd di United Kingdom, sebuah pusat komuniti yang telah wujud sejak tahun 1805.

Di sana, mereka berdua membantu membuat kuih tradisional Wales di kedai kek The Welsh

Selain itu, melawat taman komuniti dan berbual dengan sukarelawan mengenai usaha pemulihan selepas ribut.

Ini merupakan penampilan awam pertama Kate sejak Istana Kensington mengumumkan untuk tidak lagi mendedahkan butiran pakaiannya bagi setiap acara supaya lebih banyak perhatian diberikan kepada tugas berbanding penampilannya.

Bagaimanapun, peminat setia antaranya mereka yang mengendalikan laman web What Kate Wore berjaya mengenal pasti asal usul jaket tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram