
JENAMA fesyen Petra melakar sejarah baharu dalam industri fesyen apabila melancarkan Koleksi Lebaran Petra 2025 dengan kolaboratif pusat beli-belah Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Koleksi tersebut menawarkan rekaan mencerminkan konsep effortless sophistication. Diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi, koleksi ini menampilkan motif botani dan bunga dengan penggunaan palet warna natural.
Rona-rona seperti putih krim, kuning air, ungu cair, biru lembut, merah jambu pucat dan kekelabuan samar dipilih dengan teliti untuk mencerminkan citarasa wanita Asia, sekali gus memberi kemudahan untuk dipadankan dengan pelbagai aksesori atau gaya sedondon bersama pasangan.
BACA LAGI: Seni wau simbolik keluarga, Ummi Nazeera duta kempen Rantaian Kasih 2025
Ammar Hazwan (empat dari kiri) selepas melancarkan Koleksi Lebaran Petra 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini. — Petra
Rekaan dihasilkan menggunakan fabrik berkualiti tinggi seperti kapas, sifon, crepe dan organza yang pastinya memberi keselesaan buat si pemakai.
Selain itu, antara daya tarikan utama dalam koleksi ini adalah pengenalan gabungan tekstur dan fabrik yang disusun dengan teliti untuk keselesaan yang luar biasa.
Setiap helaian rekaan mempersembahkan sentuhan mewah yang terasa berangin dan selesa, mengekalkan elemen keanggunan pakaian tradisi namun dengan sentuhan yang lebih moden dan stylish.
Siluet klasik yang digunakan juga memberi keseimbangan sempurna antara elemen warisan dan perincian kontemporari, mencipta rekaan yang berstruktur, namun tetap feminin.
Motif flora dan warna-warna lembut diterapkan pada helaian pakaian Koleksi Lebaran Petra 2025. — Petra
Bukan hanya wanita, Petra turut menawarkan pilihan untuk lelaki dengan memperkenalkan baju Melayu teluk belanga yang dipadankan bersama samping klasik.
Baju Melayu ini tampil dalam warna-warna polos moden, memberikan penampilan lelaki tampan dan menawan pada harga bermula RM199.
Koleksi Lebaran Petra 2025 kini boleh didapati melalui laman web rasmi di www.petrartw.com dan butik Petra terletak di Shah Alam, Selangor, Isetan KLCC dan Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Harga ditawarkan bermula antara RM329 hingga RM549.
Jenama Petra diasaskan pada 2016 oleh dua usahawan fesyen, iaitu Ammar Hazwan dan Anwar Abdul Latip.
Dengan matlamat untuk menawarkan koleksi ready-to-wear (RTW) yang eksklusif dan bergaya, Petra terkenal dengan kualiti seni tersendiri dan rekaan mewah.
Setiap koleksi menonjolkan identiti wanita elegan berpengaruh dengan perhatian terhadap perincian halus dan motif segar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram