Seni wau simbolik keluarga, Ummi Nazeera duta kempen Rantaian Kasih 2025


  • Relaks
  • Selasa, 25 Feb 2025

Ummi Nazeera merupakan duta kempen Rantaian Kasih 2025 yang menampilkan wau tema utama. dan anak perempuan mereka Majlis Pelancaran Koleksi Raya HABIB di Kuala Lumpur, baru-baru ini. — HABIB

BAGI mencerminkan keeratan hubungan terjalin melalui budaya, jenama barangan kemas terkemuka negara, Habib mengangkat keindahan seni wau melalui kempen raya tahunan Rantaian Kasih.

Bukan hanya menggambarkan keeratan hubungan menerusi budaya, malah ia mempamerkan keharmonian antara tradisi dan harapan pada masa akan datang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, keagungan wau menjadi ilham utama kempen kerana ia melambangkan kejayaan yang tinggi dan berpaut pada keutuhan kekeluargaan, tradisi dan warisan.

BACA LAGI: Park Tae-su rendah diri, mohon maaf gagal bantu Sabah FC tamatkan penantian 22 tahun

BACA LAGI: Salah pilih warna boleh nampak tiada keyakinan, Dr. Sharifah Shawati kongsi tip bentuk imej dalam dunia profesional

Serikan penampilan hari lebaran dengan koleksi Rantaian Kasih terdiri daripada barang kemas berlian, batu permata dan rekaan emas 916 diilhamkan daripada reka bentuk dan elemen seni tradisional wau. — Habib

"Habib memikul tanggungjawab untuk memelihara warisan budaya yang kekal abadi dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menghargai keindahan seni tradisional," katanya pada Majlis Pelancaran Koleksi Raya Habib di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tahun lalu, Habib menampilkan pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Rosli sebagai duta manakala tahun ini pelakon Ummi Nazeera bersama keluarga menghiasi kempen Rantaian Kasih.

Sesuai dengan slogan, The Gift of Happiness, pesona semula jadi dan personaliti menawan pelakon drama Dia Dari Syurga itu disanjungi ramai, sekali gus membawa jiwa dan keanggunan kepada konsep Rantaian Kasih.

Koleksi eksklusif Habib Al-Zahra yang direka khas sempena Rantaian Kasih 2025 menampilkan seleksi barangan kemas berlian, batu permata dan rekaan emas 916 diilhamkan daripada reka bentuk dan elemen seni tradisional wau.

Kata Meer, koleksi tersebut menjanjikan kualiti unggul, dihiasi kemasan berkilauan, menjadikannya pilihan sempurna buat sambutan perayaan nanti.

"Direka khas untuk memenuhi pelbagai cita rasa dengan kombinasi emas, berlian dan batu permata bagi menyempurnakan gaya Syawal terutamanya dalam kalangan penggemar barangan kemas, Habib turut menawarkan koleksi jejaka seperti butang baju melayu eksklusif dan cincin palladium perak," jelasnya.

Antara koleksi barang emas yang direka untuk set padanan ibu dan anak. — HABIB

Beliau menambah, setiap tahun, koleksi Oro Italia 916 sentiasa menjadi pilihan utama menampilkan rekaan terkini dengan gabungan gaya kontemporari dan tarikan abadi. Koleksi itu juga menampilkan warna-warna menarik daripada Koleksi Clara, Malakit, Onyx dan Ibu Mutiara.

"Selain itu, loket, rantai leher panjang dan rantai tangan elegan dan menawan dalam emas 916 buatan eksklusif Itali turut ditawarkan.

"Ini termasuklah koleksi emas 916 dan 999 dengan pelbagai rekaan menarik dan set padanan ibu dan anak untuk menyempurnakan sambutan Aidilfitri," ujarnya.

Selain itu, HABIB memperkenalkan koleksi Wafer Emas 999.9 Edisi Wau yang menampilkan lima rekaan unik yang diinspirasikan daripada seni halus tradisional Wau Malaysia.

Dengan berat 0.2 gram, koleksi ini bernilai RM138 setiap satu atau RM690 untuk satu set penuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram